CERITA 24
Luahan Hati Seorang Ibu
Azli memegang surah Yassin,namun fikirannya melayang ke arah lain,titisan air matanya tidak henti-henti mengalir,semua ini berlaku tanpa di duga,dalam hatinya bekata,”Ibu adik minta maaf bu,ibu bangun la bu…”.Tapi jasad ibunya kaku dan sia-sia sahaja kerana mengalir air mata darah sekalipun,azli tetap tidak mampu membangunkan ibunya…
Tiga puluh tahun lalu,Jamariah dan suaminya telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.Mereka sangat menyayangi anak mereka yang diberi nama Puteri Adriana.
Mereka menjaga Puteri dengan baik dan begitu manja dengannya,ibarat menatang minyak yang penuh. Biasa la anak sulung memang semua ibubapa akan membuat perkara yang sama.Segala apa sahaja kehendak Puteri pasti akan dituruti,pantang dengar tangisan Puteri pasti ibunya akan melayan karenahnya. Pernah satu ketika ,Puteri hilang di shopping komplek, habis kecoh satu komplek gara-gara ibunya mencari Puteri,semua orang yang ada di situ turut mencari Puteri,rupa-rupanya dia asyik melihat permainan di kawasan berdekatan di situ. “Syukur alhamdulillah anak ibu ada sini rupanya”.Kata Jamariah sambil menarik nafas lega.
Empat tahun kemudian,Jamariah dikurniakan cahaya mata yang kedua,kali ini alhamdulillah anak lelaki. “Abang tengoklah anak kita ni comel kan?”,muka macam saya,hidung macam saya,mulut macam saya,cuma dagunya saja macam abang kan,heheh..sambil bergurau dengan suaminya.Mereka menjaga Azli dengan baik.
Hari silih berganti,Puteri dan Azli sudah bersekolah rendah,beza umur mereka cuma empat tahun sahaja. Setiap kali mereka ke sekolah pasti ayah mereka yang menghantarnya. “Kakak,adik, ini bekal jangan lupa bawak,nanti tetinggal pulak”. “Baik ibu!”,kata puteri,salam bu. “Ala ibu, adik tak nak bawak bekal,adik nak makan kat kantin dengan kawan-kawan,tak bestlah nanti kawan-kawan beli adik cuma makan dalam bekal je,nak duit bu?”.Yela2,nah ambil 2 ringgit ni,cukup?. “ok”kata,Azli. ”Nah duit kakak”,Eh,tak pa la mak,kakak makan bekalan yang ibu bagi ni ya, tak pa kakak tak kisah pun,lagipun masakkan ibu ni lagi sedap dari makan kat kantin. “okla ibu, kami pergi dulu yaa”..
Di sekaloh Azli ni nakal cikit,pernah satu hari kakaknya menegur perbuatan Azli,disebabkan kawan sekelas Azli mengadu kepada kakaknya.Kakaknya cuma memberi nasihat, “adik tak baik buat macam tu,kenapa adik selalu kacau budak-budak? Kenapa selalu tak dengar cakap cikgu?” Ibu kan tak pernah ajar macam ni kan. “ala,akak ni cikit-cikit ibu,tahu la ibu lebih sayang akak,apa-apa pun mesti ibu dengar cakap akak,apa yang akak nak semua ibu bagi,Azli ni apa? “Adik janganlah cakap macam tu,ibu sayang kita sama saja,takda beza pun,cume Adik ja yang selalu buat perangai sebab tu ibu selalu marahkan Adik,lagipun ibu bukannya marah benci tapi ibu marah sayang tau.” “sudahlah kak,Adik tahu la nak jaga diri,kak jaga diri kak sudah”.
Begitulah sikap Azli pantang ditegur pasti akaknya yang dimarahinya pula.Begitulah sikap kakaknya selalu mengalah kepada adiknya,jika ada kawan-kawan yang mengganggu adiknya,pasti kakaknya akan membela dan memarahi mereka,kalau Azli mahu barang-barang kepunyaan kakaknya,pasti kakaknya akan mengalah dan memberi kapada Azli,begitu kasih Puteri pada Azli.
“Adik,kakak,dah masuk maghrib ni,cepat masuk,pastu mandi,solat ya”. Selesai solat,ibu mereka,tidak pernah abaikan tanggungjawabnya untuk mendidik dengan didikan agama,setiap hari ibunya mengajar mengaji dan didikan agama. “Ha, Adik cepat baca,semalam ibu suruh kamu mengulang kan,hari ini ibu nak dengar”. “Alhamdulillahi…ra…ra..” Ala ibu susahla, lalu,pap! Apa nak jadi dengan kamu ni Adik,suruh baca Al-Fatihah pun merangkak2 lagi,kamu nak jadi apa ni? Ibukan dah selalu ajar,tak tak boleh-boleh lagi,esok ni dah besar mengaji tinggi-tinggi tapi Al-quran tak boleh baca! pastu solat pun entah ke mana,masa kecik ni la ibu kena lentur kamu elok-elok,nanti dah besar,susah dah nak lentur,masa tu baru nak menyesal,lalu pap! Sekali lagi rotan singgah di badan Azli,Aduh! Sakitla bu,Azli menangis teresak-esak,ibu ni cikit-cikit nak rotan,kak tak selalu pun kena rotan,ibu memang tak adil,selalu lebihkan kak,apa yang kak cakap ibu dengar,apa yang kak minta ibu bagi,Azli ni siapa?” Sambil merungut tak puasa hati. “tengok cikit-cikit melawan cakap ibu ya?” Ibu tak kisah,biar kamu menangis sekarang,jangan dah kena soal dengan Malaikat nanti baru nak menangis menyesal,kak kamu salalu dengar cakap ibu,ibu tak pilih kasih pun,cuma kamu ni selalu buat perangai,ibu tak nak anak ibu nanti jadi anak yang derhaka pada Allah dan ibubapa”. “Adik dengarlah nasihat ibu ni,tak guna kita berjaya di dunia sedangkan akhirat kita abaikan,tak guna jugak kalau kita mendapat kemewahan tetapi derhaka pada ibubapa,kamu tak takut dosa ke??ibu takut sangat anak-anak ibu jadi macam tu.
Sudah seminggu suami Jamariah tak pulang dari outstation,risau jugak hatinya,tiba-tiba telefon rumah berdering. “Hello,siapa ni?” Abang ni, abang minta maaf ya sebab tak beritahu abg nak balik hari ni,abang sibuk sangat,ni abang ada atas flight,nak balik rumah,tak sabar sangat nak jumpa sayang dan anak-anak,abang rindu sangat,abang beli banyak hadiah tau untuk sayang dan anak-anak,macamna anak-anak kita,sihat ke? nakal-nakal tak?” Tanya suaminya. “Biasa la bang macam biasa la nakal budak-budak,cuma Azli tu je…lalu,tutt..tutt..tutt..Hello bang?? Hello??
Tiba-tiba telefon berdering, “Hello?”Jamariah mengangkat telefon, “awak ni isteri Khalid ka?”. “Ya,saya isterinya,kenapa?”. “Harap bersabar ya, Puan. Flight yang suami Puan naik terhempas masa perjalan ke sini,suami Puan memang tak dapat diselamatkan”.Ya..Allah..!!Astgahfirullahalazim..!!,ganggang telefon terlepas dari tangan Jamariah,terjelepuk tubuhnya ke lantai,dunia rasa bagaikan hitam dan kelam,a,,banggg…a..banggg..!!huk…huk..huuk.. kenapa abang tinggalkan Jamariah,macamana Jamariah nak teruskan hidup tanpa abang di sisi dengan anak-anak kita bang..
Jamariah terus menangis,air mata bercucuran tak henti-henti..Jamariah tidak menyangka dalam sekelip mata sahaja suaminya sudah tidak ada lagi,tetapi Jamariah terima dan redha jugak,kerana semua ini adalah takdir dari Allah. “Semoga roh abang di tempatkan di kalangan orang-orang mukmin,betul kata abang,cintakan manusia,manusia akan pergi,tapi cintakan Allah,kekal buat selama-lamanya”. “Jamariah akan jaga anak-anak kita baik-baik ya”.maafkan dosa-dosa Jamariah ya”..
Azli kini sudah melanjutkan pelajaran di Universiti luar negara,kakaknya hanya membantu ibunya di rumah untuk menampung perbelanjaan mereka sekeluarga dan perbelanjaan pengajiaan Azli,cukuplah duit peninggalan arwah suaminya dan sebuah warung kecil yang dibuka di kampung. “Puteri ,adik kamu ada menelefon?”.tanya ibunya. “Belum lagi la ibu,cuma last hari tu masa dia suruh masukkan duit”.Jawab Puteri.
Genap 5 tahun,Azli tamat pengajian dalam bidang kedoktoran.Kepulangannya sangat di nantikan oleh ibu dan kakaknya,ring.. ring.. “Hello ibu! Azli nak balik hari ni”, “Oh,ya ka,anak ibu nak balik ya,nanti ibu masakkan masakan yang sedap-sedap ye..,nanti ibu pergi jemput dengan kakak di stesyen bas ya..”.Balas ibunya..”Eh,tak payah ibu,nanti Azli boleh suruh kawan hantarkan ye”..
Sudah sebulan Azli duduk di rumah,namun masih belum ditawarkan apa-apa tawaran lagi,Azli buntu,puas memikir dan meminta kerja,tapi belum ada rezeki lagi. “Azli,buat sementara waktu ni,kamu kerja apa-apa ja,yang penting kerja tu halal dan tak melalaikan kita dari mengingati Allah”.Cadang ibunya. “Ish! ibu ni mana boleh,Azli kan keluaran Universiti bidang kedoktoran,mana standard kerja lain kan”. “Ibu bukan apa Azli,ibu tengok kamu sekarang tak nampak pun kamu sentuh tikar sejadah dan tak baca Al-Quran pun,kamu dah tak solat ke Azli?”.
“Ala ibu ni,cikit-ckit nak membebel,dari kecik sampai ke besar membebel ja kerjanya,bosan le camni,masa kat Universiti dulu,tak da siapa pun nak mebebel-bebel macamni tau,bosan le kalau macamni,ni yang susah duduk dengan ibu,Azli tahu la jaga diri Azli,dosa pahala Azli yang tanggung,ibu tak tak payah la nak bising-bising,ibu jaga la anak kesayangan ibu tu elok-elok!! “ Begitu tersentap sekali Jamariah mendengar jawapan dari anak lelakinya itu,inikah balasan yang aku terima selama aku membesarkan dia? bagi duit tiap-tiap bulan sehingga berjaya sekarang.
“Ibu Azli nak pinjam duit la,nak buka klinik sendiri,susah la macamni,sekurang-kurangnya ada klinik sendiri,boleh jugak beli kereta dan rumah besar”. “Ibu mana ada banyak duit Azli,ni pun cukup untuk perbelanjaan kita sekeluarga ja,” Ahh!! Ibu ni suka nak tipu Azli! Ayahkan ada tinggalkan kita tanah,ibu jual la tanah tu duit tu bagi la Azli pinjam,nanti Azli bayarlah balik,bukannya Azli tak bayar!” “Ibu tahu Azli,ibu memang nak sangat tolong tapi duit tu…”Belum sempat Ibunya habis bercakap lalu ditolak ibunya jatuh ke lantai..”
Aahhh!!..Azli terus mengherdik dan meninggikan suara sudahlah bu! ibu memang berkira dengan Azli,dengan kakak semua ibu bagi,dengan Azli semua tak boleh,Azli tahu ibu nak bagi semua tu kat kak kan?’ sudahlah pergi berambus lah korang berdua ni,lebih baik aku keluar dari rumah ni,menyusahkan aku je”, Azli jangan pergi nak! ibu sayangkan kau nak,ibu tak nak kehilangan kau nak,kau lah satu-satunya anak lelaki ibu,ibu tak ambil hati pun apa yang kau buat kat ibu,cuma ibu minta sangat kamu jangan tinggalkan ibu nak”.jangan nak..jangan pergi!!..
“Azli jangan buat ibu macam ni,kasihan la kat ibu kita dik! kalau kau benci kak sekali pun janganlah buat ibu mcamni,ibu dah cukup derita tunggu kau,rindukan kau,janganlah tinggalkan ibu ,kak tau kak banyak silap,kak minta maaf,kak mengalah”..”Ahh!! sudahlah,kak dengan ibu sama saja..” Azli terus mengambil beg dan keluar dari rumah tanpa menghirauakn rayuan ibunya..”Azli….”
Kini,Azli sudah bergelar seorang doktor pakar di sebuah kota metropolitan,dan Azli juga sudah ada isteri dan kekayaan sendiri. “Abang,bila kita nak jmpa mak abang?selama kita kahwin,tak pernah Mah jumpa mak abang,teringin jugak nak jumpa”, “Mah, mak abangkan dah tak da,dahlah janganlah kita cakap pasal ni lagi ya,nanti kita pergi bercuti di London ya”.
Satu hari,Azli menerima surat dari posmen,alamatnya dari kampungnya,dalam surat tu ada tulis wasiat,Azli tanpa memikir panjang terus bergegas mahu pulang ke kampung,dalam benak hatinya memikirkan mungkin ibunya dah meninggal,mungkin dia ada tinggalkan wasiat untuknya.
Sesampai di rumah,orang ramai berkumpul di halam rumahnya,Tapi Azli seperti tak kisah apa yang berlaku,lalu dia disapa oleh jirannya, “Balik jugak kau ya Ali! sabar ya, Azli. Ibu kau dah tak da”,Azli hanya terdiam,timbul sedikit serba salah di hatinya. “Nah! ni ada surat ibu kau bagi masa dia sakit dulu,kau baca la isi surat tu”.Azli pun membuka lembaran surat yang di beri oleh ibunya…
….Ke hadapan anakandaku Azli,yang ibu sayangi,yang ibu cintai,diharap surat ini dapat dibaca oleh kamu nak.Untuk pengetahuan Azli,masa kamu dilahirkan,Kamu susah sangat nak dilahirkan,sampai ibu terpaksa bertarung nyawa 12 jam baru dapat lahirkan kamu.Ibu fikir mungkin kamu ni seorang yang istimewa dan bakal menjadi seorang anak yang soleh,hilang segala kesakitan ibu apabila melihat kamu dilahirkan.Masa tu ibu banyak kehilangan darah.Doktor,cakap ibu perlukan darah sebab keadaan ibu kritikal,kalau anak ibu ni ada mesti dah jadi doktor ibu kan??
Kakak kamu nak dermakan darah untuk ibu,tapi doktor cakap tak boleh,sebab dia masih kecil,alhamdulillah,ada orang yang sudi dermakan darah.Bila ayah melihat kamu,ayah terus melaungkan azan ke telinga kamu,mudah-mudahan kamu menjadi seorang anak yang soleh.Ibu sangat gembira dengan kelahiran kamu,hilang sakit ibu melihat kamu,dan ibu bersyukur sangat-sangat pada Allah dikurniakan kamu.
Kamu terus membesar di hadapan ibu,ibu masih ingat lagi,satu hari tu kamu demam panas sangat,ayah kamu tak ada pergi outstasion,masa tu hujan lebat sangat,ibu tinggalkan kamu bersama kakak kamu di rumah,ibu terpaksa meredah hujan lebat,dalam hati ibu,ibu hanya hanya fikirkan pasal anak-anak ibu ja,ibu tak sanggup melihat kamu sakit atau menderita,yang penting nyawa anak-anak ibu selamat.Masa perjalanan pulang dari klinik tu,ada sebuah motor terlanggar ibu,lalu ibu tersungkur dalam longkong,masa tu tak ada sesiapa yang nak tolong ibu,sebab hujan lebat sangat,tapi ibu tak ada apa-apa,cuma luka-luka di tangan dan di kepala ja,tapi ibu kuatkan diri juga sebab memikirkan kamu berdua di rumah.
Ibu selalu marahkan kamu,bila ibu marah ja,kamu selalu kata yang ibu ni pilih kasih dan lebihkan kakak kamu.Sebenarnya ibu bukan macam tu,ibu sayang kedua-duanya.Ibu marah sebab nak didik anak-anak ibu,ibu takut sangat anak-anak ibu ni leka dan tersesat jauh,mana ada seorang ibu yang sanggup melihat anaknya nanti di humban ke neraka di hadapannya,sedangkan kamu baru sakit sikit je ibu dah tak boleh tengok,sebab ibu sayang sangat-sangat anak ibu.Sebab anak ibu adalah harta ibu yang paling berharga dalam dunia ni.Ibu tak nak apa-apa harta dari anak ibu,cuma kasih sayang ja yang ibu mahukan.Biarlah anak ibu ni tak sehebat mana pun dipandangan orang,yang penting ibu nak anak ibu seorang yang baik dan soleh.
Untuk pengetahuan kamu jugak,kakak kamu selalu mengalah pasal kamu,sebenarnya ibu bukan nak lebihkan kakak kamu,tapi ada satu rahsia yang ibu tak bagitahu pada kamu,ibu takut kamu risau nanti. Sebenarnya,ibu nak selalu bagi perhatian pada kakak kamu sebab kakak kamu menghidapi penyakit paru-paru berlubang, sebab tu ibu tak nak bagi dia susah,dan ibu nak sentiasa gembirakan dia,lagi pun ibu tak risaukan kamu sebab anak ibu ni kuat,kakak tak kuat sangat,doktor cakap,kakak kamu mungkin tak dapat hidup lama bila meningkat dewasa nanti,tapi ibu terharu sangat melihat ketabahan kakak kamu,biar pun dia sakit macam tu, tapi dia boleh menghadapinya dengan kuat dan menjaga kamu. Sebenarnya kakak kamu tak pernah merungut langsung pasal kamu,sebab tu dia sentiasa mengalah pada kamu,sebab kamu adiknya.Tapi ibu tahu kamu selalu tak nak mengalah dengan kakak kan?
Sampailah kamu dapat tawaran sambung belajar ke luar negara.Sebelum tu kakak kamu pun memang dapat tawaran untuk sambung belajar jugak,tapi bila memikirkan masa depan kamu,kakak korbankan pengajian dia,tak pa lah,sekurang-kurangnya kakak dapat bantu ibu di rumahkan.Masa kamu belajar, ibu selalu suruh kakak masukkan duit dalam bank,ibu selalu tanya kakak samaada kamu ada telefon ke tidak,Ibu tahu kadang-kadang kakak saja nak jaga hati ibu dan tak nak bagi ibu risau,kakak cakap kamu ada telefon,tapi tak pa,ibu faham kamu sibuk belajarkan…Ibu tak nak pelajaran anak ibu terganggu..
Saat yang di nanti oleh ibu dan kakak tiba,berita tentang kepulangan kamu memang sentiasa di nantikan,perasaan rindu ibu ni Allah sahaja yang tahu,ibulah orang pertama yang paling gembira.Macam-macam ibu masakkan untuk kamu nak,ibu masih ingat lagi,masa kecik-kecik dulu kamu suka sangat makan sup ayam dengan ikan keli masak lemak,berebut-rebut kamu dengan kakak nak ibu suapkan,ye la orang cakap air tangan ibu ni manis..Tapi bile kamu dah balik,kamu jamah cikit je makanan kegemaran kamu,ibu fikir mungkin kamu tak biasa lagi nak makan makanan kampung kan,ibu tersenyum je..
Sampailah satu masa,kamu tiba-tiba ja marahkan ibu dan kakak pada malam tu,mungkin kamu masih ingatkan,Azli nak minta duit dari ibu,tapi belum sempat ibu habis cakap Azli mengamukkan.Sebenarnya memang ibu nak jual tanah ayah kamu,tapi duit tu ibu nak gunakan untuk pembedahan kakak kamu,kosnya agak tinggi sikit,ibu bukan tak nak bagi,tapi ibu kesiankan kat kakak,tapi kakak langsung tak tahu yang ibu nak gunakan duit tu untuk pembedahannnya.
Semenjak Azli keluar dari rumah ibu langsung tak dapat khabar dari kamu,Azli merajuk dengan ibu ya? Ibu tahu,tapi ibu tak ambil hati pun,sebab ibu sayang anak ibu.Sampailah satu hari tu,kakak tiba-tiba sakit tenat,ibu cepat-cepat nak hantar kakak pergi hospital,tapi kakak cakap tak payah,kakak cakap kita tak ada duit,masa tu baru ibu cerita yang duit tanah tu untuk pembedahan kakak.Kakak terdiam,kakak cakap.”tak pa lah ibu,kakak rasa kakak dah tak tahan lagi,kakak nak bagi ja semua duit tu pada adik,sebab adik adalah harta kakak,kakak halalkan segala-galanya dan kakak maafkan segala silap dan salah adik,kakak minta maaf banyak-banyak ya ibu,halalkan susu ibu dan segalanya,doakan kakak ya ibu,semoga kakak dapat berjumpa ibu nanti”.Itulah kata-kata terakhir dari kakak…
Masa tu ibu sedih sangat,kakak dah tinggalkan ibu. Ibu hidup keseorangan,masa kakak ada dulu dia selalu bantu ibu,sedikit pun tak pernah bantah,kakak memang seorang anak yang baik.,tanpa ibu sedari air mata ibu menitis semasa menulis surat ini..Ibu hanya ada kamu ja,ibu selalu tunggu di pintu,kadang-kadang di seberang jalan,tapi adik tak balik-balik jugak..ibu rindu sangat kat adik!
Di suatu petang tu,tiba-tiba badan panas sangat,ibu dah tak dapat lagi nak tunggu azli macam biasa,ibu hanya berserah dan berdoa kepada Allah je,Ibu selalu doakan kesihatan dan kebahgiaan Azli,rupanya Allah sayangkan Azli,dia berikan segala-galanya..dan ibu berdoa supaya suatu hari nanti Azli dapat pulang sini..
Akhir sekali dari ibu,ibu dah wasiatkan segala-galanya pada mu nak,ibu tak ambil sedikit pun,begitu jugak kakak,semuanya untuk adik ,dan hadiah yang paling istimewa yang ibu nak bagi,dan tiada ternilai dengan harta dunia adalah.. keredhaan dan keampuanan dari seorang ibu,Azli dah banyak buat silap pada ibu dan adik belum sempat meminta ampun dari ibu,tapi ibu dah bagi hadiah ni pada adik,ingat adik, “Syurga tu di bawah tapak kaki ibu”.Itulah harga yang tak ternilai yang ibu nak bagi..Ibu dah halalkan susu ibu,penat lelah ibu pada Azli,Azli didiklah anak Azli baik-baik ye nanti,dan wasiat ibu yang terkahir,ibu tak nak minta apa-apa,cuma ibu nak Azli sentiasa hadiahkan bacaan Al-Quran dan sentiasa mendoakan untuk ibu ye,itu lah hadiah yang ibu nak minta dari Azli…Mudah-mudahan selepas ini Azli akan berubah dan menjadi seorang yang soleh…
Sekian dari ibumu yang mengasihi dan merindui kamu....
Azli terjelepuk jatuh ke tanah,air matanya begitu deras mengalir,dunia ini kelam ibarat sudah tidak berharga lagi baginya,dia begitu menyesal,dia meraung seperti kanak-kanak.. ”ibuuuuu…….ibuu……ibuuuuu……kakak….”maafkan adik,adik menyesal bu….”tapi nasi sudah menjadi bubur,segala memori dulu bermain di fikirannya,hanya linangan air mata yang bercucuran .Yang mampu hanya mendoakan dan mensedekahkan bacaan Al-Quran buat ibunya…..
Posted by Dunia macam macam
CERITA 23
CERITA 23
Monyet
Nak Jadi Manusia
Pada suatu hari ada seekor cucu
monyet yang masih kecil bermain di tepi sungai. Bila penat bermain, ia duduk di
atas sebatang pohon di tepi sungai tersebut.
Tidak berapa lama, tiba-tiba sang monyet melihat seorang lelaki berjalan menuju sungai membawa timba dan kain basahan. Si monyet terus diam memerhatikan lelaki itu mandi di sungai; menggosok gigi, bersabun dan bersampoo.
Apabila selesai mandi, lelaki itu pun memakai pakaian yang cantik dan rapi; kemudian ia pulang.
Cucu monyet ini tak habis fikir, lalu ia pun pergi mencari neneknya untuk memberitahu apa yang baru dilihatnya.
“Neeek!!!” Jerit sang cucu.
“Ada apa, cu?” Jawab sang nenek terkejut.
“Alangkah seronoknya jika kita jadi manusia, ya nek!” Kata sang cucu.
“Seronok? Mengapa cucu cakap macam itu?” Tanya si nenek.
“Aku baru mengintai manusia yang sedang mandi di sungai. Seronok sangat nampaknya, nek. Dia gosok gigi, bersabun dan bersampoo. Sesudah mandi dia lap tubuhnya, lalu memakai pakaian yang cantik. Kalaulah kita jadi manusia, ya nek!!!” kata sang cucu.
“Alaa... cucuku, sebenarnya tidak seronok jadi manusia!” Kata sang nenek tegas dan meyakinkan.
“Kenapa, nek?” Sang cucu ingin tahu.
“Manusia mempunyai banyak kewajipan dan larangan, cu. Pada bulan Ramadan diwajibkan puasa ke atas mereka. Jika mereka tidak akur, mereka berdosa dan mendapat seksa di akhirat. Mereka juga dilarang mencuri, main nombor ekor, bersifat angkuh, memutuskan silaturahim dan banyak lagi”, sang nenek menjelaskan.
“Yakah, nek? Cucu baru tahu nie,” sampuk sang cucu kehairanan.
Sang nenek melanjutkan: “Sebenarnya, cu, lebih seronok jadi monyet macam kita ini berbanding jadi manusia. Kita monyet tidak ada kewajipan puasa, kita bebas makan bila-bila masa kita suka. Kita juga tidak dilarang mencuri; pisang orang pisang kita; rambutan orang rambutan kita; jering orang jering kita; durian orang durian kita juga. Pendek kata, kita boleh lakukan apa sahaja yang kita suka bila-bila masa.”
“Jadi, jika ada di antara manusia keberatan berpuasa, silakan sahaja jadi monyet, ya nek?” kata sang cucu yang semakin bijak.

Posted by tok wan
CERITA 22
Pengorbanan
Seorang Isteri
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.
Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin
seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga
dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau
pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!
Hargailah seorang isteri.. Kerana pengorbanannya tidak terkira..
Posted by tok wan
CERITA 21
Hargailah seorang isteri.. Kerana pengorbanannya tidak terkira..
Posted by tok wan
CERITA 21
Akibat Buruk Sangka
Malam itu hujan gerimis turun. Angin pun bertiup sungguh sangat dingin. Tapi kedua suami isteri yang tinggal di sebuah rumah kecil itu berkeinginan betul hendak keluar juga. Kerana ibu si suami itu dalam keadaan sakit tenat, mungkin hanya tinggal menunggu waktu saja. Hanya yang sangat merisaukan hati mereka, bagaimana dengan anaknya Harun, anak mereka yang baru saja berumur empat bulan. Kalau diajak pergi takut masuk angin dan dapat menyebabkan sakit.
“Bagaimana Aminah, kita bawa saja Harun?” Tanya si suami.
“Jangan bang, angin kencang,” cegah isterinya.
“Habis siapa yang akan menjaganya di rumah? Apakah mungkin akan kita tinggalkan dia sendirian? Aku tak sanggup, sebab rumah kita ini terlalu dekat dengan tanah perkuburan,” kata si suami.
“Ah, abang, janganlah berfikir yang bukan-bukan,” kata isterinya yang cantik dan manis itu. “kan ada Hurairah (kucing) di rumah. Dia saja kita suruh menjaga Harun.” Kata si isteri.
“Betul juga, mengapa aku tidak ingat pada si Hurairah.” Balas suaminya dengan gembira.
“Meong….” teriaknya kemudian. Maka terdengarlah suara Hurairah membalas suara tuannya itu. Lalu dengan langkah-langkah kecil dia mendekati tuannya.
“Wahai Hurairah, malam ini engkau tidak usah menjaga padi dari dimakan oleh tikus-tikus, kami berdua mahu pergi, oleh kerana itu jagalah si Harun,” kata si suami.
Kucing yang cantik itu mengeong sambil mengibas-ngibaskan ekornya. Kalau boleh berkata dia akan menjawab: “Jangan bimbang tuan, saya akan menunggu dan menjaga si Harun supaya ia tertidur dengan nyenyak. Tidak akan saya izinkan seekor nyamuk pun hinggap di tubuhnya.”
Setelah berpesan begitu, maka pasangan suami dan isteri itu pun berangkat dengan perasaan lega. Mereka tahu bahawa Hurairah akan melakukan pekerjaannya dengan baik, sebab dia adalah seekor kucing yang sangat setia dengan majikannya.
Setelah melihat majikannya sudah pergi, maka Hurairah dengan cepat dan diam-diam melompat ke atas tempat tidur. Ia duduk di sebelah si Harun yang tengah mendengkur dengan nyenyaknya. Ekornya dikibas-kibaskannya agar tidak seekor nyamuk pun yang berani mengganggunya. Matanya dengan tajam mengawasi sekelilingnya, sementara kedua kaki depannya siap mencakarkan kukunya kepada siapa saja yang berniat untuk mengusik ketenangan majikan kecilnya.
Menjelang pukul sepuluh malam, tiba-tiba kucing itu mendengar bunyi mendesis dari bawah tempat tidur. Dengan secepat mungkin Hurairah memasang kuda-kuda serta siap untuk menghadapi segala kemungkinan. Matanya tiba-tiba terbeliak terkejut dan marah, ketika melihat sebuah mulut yang ternganga dengan taring dan lidah yang menjulur panjang. Rupanya dia adalah seekor ular besar yang sudah siap untuk menelan Harun yang masih kecil itu.
Dengan cepat Hurairah melompat, giginya langsung masuk menghunjam ke leher ular tersebut, dan cakarnya menyerang dengan buas. Ular itu murka kerana niatnya dihalang-halangi oleh makhluk lain. Matanya merah seperti besi terbakar. Dia membalas menyerang dengan hebat. Badan Hurairah dibelit dengan kuat, sambil mulutnya mematuk-matuk muka Hurairah.
Hurairah hampir kehabisan tenaga, kerana dibelit oleh ular besar itu, manakala mukanya pun telah berlumuran darah. Namun dia tidak mahu binasa sebelum dapat membunuh ular tersebut. Dengan segala kemampuan dan kesakitannya, ia berusaha untuk menyelamatkan nyawa anak tersayang kedua majikannya itu. Akhirnya ia berhasil melepaskan diri, lalu dengan cepat menerkam leher ular itu. Digigitnya batang leher makhluk jahat tersebut sekuat tenaga sehingga akhirnya matilah musuhnya itu.
Begitu dilihatnya binatang pengganggu itu sudah tergolek kaku, barulah Hurairah dengan sisa-sisa tenaganya naik lagi ke atas tempat tidur si Harun dan duduk semula di samping si Harun. Anak kecil itu masih tertidur dengan nyenyak. Hurairah menjilat-jilat lukanya, sementara rasa pedih dan letih terasa sekujur badannya. Mulutnya masih penuh dengan darah ular tadi, sedangkan pada mukanya terdapat luka-luka yang menganga.
Belum pulih lagi tenaganya, akan tetapi secara tiba-tiba dia mendengar suara majikannya di halaman rumah. Dengan gerakan yang lemah dan lunglai, Hurairah turun dari tempat tidur. Perlahan-lahan ia berjalan menuju ke pintu, menyambut kedatangan kedua majikannya yang sangat dicintainya itu. Dilihatnya ibu Harun berjalan menunduk sambil terisak-isak. Bapanya pula terlihat sangat sedih. Hurairah pun ikut berdukacita memperhatikannya.
Mereka berbimbingan tangan memasuki halaman rumah. Ketika mereka tiba di depan pintu, Hurairah berbunyi lembut: “Ngeong…., ngeong…., sambil terhuyung-huyung mendekati majikannya.
Tiba-tiba saja ibu Harun menjerit, “Bang….! Harun bang….!”
Suaminya terperanjat tapi tidak mengerti, “Mengapa Harun Aminah?” Tanya suaminya.
“Lihatlah si Hurairah, mulutnya berlumuran darah. Pasti anak kita telah diterkam dan dibunuhnya. Oh, Harun…. anak kita, bang. Bunuh Hurairah, bang! Ia telah memakan anak kita!” Kata si isteri.
Si suami baru tahu apa yang dimaksudkan oleh isterinya. “Betul! Mulut Hurairah penuh dengan darah segar, pasti Harun telah diterkamnya.”
Tanpa berfikir panjang, si suami lalu mengambil besi. Dengan penuh kemurkaan lalu dipukulnya benda keras itu ke tubuh si Hurairah. Kucing itu menjerit; “ngeong….” Lelaki itu bertambah marahnya lagi, lalu diambilnya pula sebuah batu, ditimpakannya ke kepala Hurairah.
Maka bercucuranlah darah dari kepala binatang yang tidak berdosa itu. Badannya terkejang-kejang. Dari matanya mengeluarkan air mata yang jernih satu-satu. Setelah mengeong untuk terakhir kalinya, kucing yang cantik itu pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Melihat korbannya sudah mati, maka pasangan suami isteri itu terburu-buru masuk ke bilik. Alangkah terkejutnya mereka ketika melihat suasana bilik itu. Yang nampak pertama kali di depan pintu adalah bangkai seekor ular besar yang hampir putus lehernya. Maka dengan hati berdebar-debar mereka berlari ke tempat tidur. Ternyata anaknya Harun masih tetap dalam keadaan tertidur nyenyak.
Barulah mereka dapat meneka apa yang telah terjadi selama mereka tidak berada di rumah tadi. Bukan Hurairah yang bersalah, ternyata kucing itu telah berjuang mati-matian untuk menyelamatkan anak mereka. Seketika itu juga pucatlah wajah mereka. Mereka menyesal berkepanjangan.
Ternyata Hurairah adalah kucing yang tetap setia. Dia tidak mempedulikan keselamatan dirinya asalkan tugas yang dipercayakan kepadanya ditunaikannya. Kalau perlu dirinya sendiri menjadi korban untuk menyelamatkan nyawa majikan kecilnya. Namun balasan yang diterimanya bukan belaian kasih sayang dan terima kasih, akan tetapi nyawanya dihabiskan dengan penuh kekejaman.
Suami isteri itu menangis tersedu-sedu menyesali kesalahannya, ia bertaubat kepada Allah SWT serta berjanji untuk tidak lagi berbuat semena-mena terhadap binatang yang tidak berdosa, tanpa periksa terlebih dahulu. Bangkai Hurairah diangkat dan diciumnya, tapi yang sudah pergi tidak akan kembali, dan penyesalan mereka juga sudah tidak bererti, kerana yang sudah mati itu tidak akan hidup lagi. Cuma sebagai pedoman atau pengajaran buat masa yang akan datang.
CERITA 20
Bukti Kasih Seorang Ibu
Hayatilah kisah ini..
Hayatilah kisah ini..
Alkisah di sebuah desa, ada seorang ibu yang sudah tua, hidup berdua dengan satu-satunya anak. Suaminya sudah lama meninggal kerana sakit. Si ibu sering kali merasa sedih memikirkan anak satu-satunya. Anaknya mempunyai tabiat yang sangat buruk iaitu suka mencuri, berjudi, melaga ayam dan banyak lagi.
Ibu itu sering menangis meratapi nasibnya yang malang, dia sering berdoa memohon kepada Tuhan: “Tuhan tolong sedarkan anakku yang kusayangi, supaya tidak berbuat dosa lagi. Aku sudah tua dan ingin menyaksikan dia bertaubat sebelum aku mati”. Namun semakin lama si anak semakin liar dengan perbuatan jahatnya, sering dia keluar masuk penjara kerana kejahatan yang dilakukannya.
Suatu hari dia kembali mencuri di rumah penduduk desa, namun malang dia
tertangkap.
Kemudian dia dibawa ke hadapan raja utk diadili dan dijatuhi hukuman pancung. Pengumuman itu diumumkan ke seluruh desa, hukuman akan dilakukan keesokan hari di depan rakyat desa dan tepat pada saat lonceng berdentang menandakan pukul enam pagi.
Berita hukuman itu sampai ke telinga si ibu. Dia menangis meratapi anak yang dikasihinya dan berdoa berlutut kepada Tuhan “Tuhan ampuni anak hamba, biarlah hamba yang sudah tua ini yang menanggung dosa nya”. Dengan tertatih tatih si ibu menghadap raja dan memohon supaya anaknya dibebaskan.
Tapi keputusan sudah muktamad, anakknya harus menjalani hukuman. Dengan hati yang hancur, ibu kembali ke rumah. Tidak henti – henti si ibu berdoa supaya anaknya diampuni, dan akhirnya dia tertidur kerana kelelahan. Dan dalam mimpinya dia bertemu dengan Tuhan.

Keesokan harinya, ditempat yang sudah ditentukan, rakyat berbondong – bondong
menyaksikan hukuman tersebut. Tukang pancung diraja sudah siap dengan pancungnya
dan si anak itu sudah pasrah dengan nasibnya. Terbayang di matanya wajah ibunya yang sudah tua, dan tanpa terasa ia menangis
menyesali perbuatannya Detik-detik yang dinantikan akhirnya tiba. Sampai waktu yang ditentukan tiba, lonceng belum juga berdentang sudah lewat
lima minit dan suasana mulai kecoh, akhirnya petugas yang bertugas membunyikan
lonceng datang.
Petugas itu mengaku hairan kerana sudah sejak tadi dia menarik tali lonceng tapi bunyi dentangnya tiada. Di saat mereka semua sedang bingung, tiba – tiba dari tali lonceng itu mengalir darah. Darah itu berasal dari atas tempat di mana lonceng itu diikat. Dengan jantung berdebar – debar seluruh rakyat menantikan apa yang berlaku disaat beberapa orang naik ke atas menyelidiki sumber darah itu.

Tahukah anda apa yang terjadi?
Ternyata di dalam lonceng ditemui tubuh si ibu tua dengan kepalanya hancur berlumuran darah. Dia memeluk bandul di dalam lonceng yang menyebabkan lonceng tidak berbunyi,
dan sebagai gantinya, kepalanya yang terhantuk sehingga hancur di dinding lonceng tersebut!

Seluruh orang yang menyaksikan kejadian itu tertunduk dan menitiskan air mata. Sementara si anak meraung – raung memeluk tubuh ibunya yang sudah diturunkan.
Si Anak menyesali dirinya yang selalu menyusahkan ibunya.
Malam sebelumnya, si ibu dengan bersusah payah memanjat ke atas dan mengikat dirinya di lonceng. Dia memeluk besi dalam lonceng untuk menghindari hukuman pancung keatas anaknya. Demikianlah sangat jelas kasih seorang ibu untuk anaknya. Walaubagaimana jahat pun si anak, si ibu tetap mengasihi sepenuh hidupnya.
Marilah kita mengasihi orang tua kita masing – masing selagi kita masih mampu
kerana mereka adalah sumber kasih Tuhan bagi kita di dunia ini.
Sesuatu untuk dijadikan renungan untuk kita agar kita selalu mencintai sesuatu yang berharga yang tidak boleh dinilai dengan apapun..

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati
Ambillah waktu untuk memberi, itu membuat hidup terasa bererti
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan
Gunakan waktu sebaik mungkin, kerana waktu tidak akan boleh diputar kembali..

Posted by Dunia macam-macam
Muntahlah Atas Tangan Amid…(memang sedih baca cerita ni)
17 tahun dulu.
PETANG itu, di serambi rumah usang milik keluarga kami di Kuala Terengganu, saya duduk bersila berhadapan dengan adik bongsu, Amid atau nama sebenarnya Syed Mohammad Nazri Syed Bidin.
“Kenapa kau nak berhenti sekolah?” soal saya.
Amid menundukkan kepala dan membisu. Saya tidak puas hati. Sekali lagi saya ulang soalan yang sama.
“Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak. Amid nak jaga emak sampai akhir hayat,” jawab Amid dengan lembut, tetapi tegas.
Saya tersentak mendengar jawapan Amid.
“Isshhh. Betul ke budak ni? Baru darjah enam, masa seronok budak-budak pun masih belum habis,” hati saya berkata-kata.
“Cakap betul-betul dengan abang. Kenapa tak nak sekolah? Ada budak jahat kacau ke?” pujuk saya lagi. Saya tidak mahu Amid berhenti sekolah kerana tidak tahan dengan gangguan budak-budak nakal.
“Betul bang, Amid tak tipu. Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak. Nanti kalau Amid belajar pandai-pandai, kena duduk jauh dari mak. Amid tak nak tinggalkan mak,” katanya separuh merayu.
Melihat kesungguhannya, saya jadi buntu. Nampak gayanya, Amid tidak bergurau.
“Betul ke ni?” soal saya masih tidak percaya.
“Betul,” balas Amid pula tanpa ragu ragu.
“Suka hati adiklah,” kata saya selepas lama termenung. Mendengar jawapan saya, Amid tersenyum lalu meminta izin untuk masuk ke dalam rumah.
Saya termenung di serambi. Kata kata Amid itu benar-benar memberi kesan terhadap jiwa saya. Kecil-kecil lagi sudah ada kesedaran mahu berbakti kepada emak.
Tetapi, peristiwa itu berlaku 17 tahun dulu. Kini Amid sudah dewasa, umur pun sudah mencecah 29 tahun. Saya tidak lagi ragu-ragu terhadap Amid. Memang betul, Amid tidak mahu bersekolah dulu kerana mahu menjaga emak. Amid tidak bergurau. Amid telah membuktikan kepada saya dan adik beradiknya yang lain, memang dia ikhlas mahu menjaga emak.
Memang tidak dapat dinafikan, di antara kami Sembilan beradik, Amid lah anak yang paling taat terhadap emak. Tingkah lakunya, tutur katanya, begitu tertib ketika bersama emak atau orang yang lebih tua darinya. Seumur hidup, saya dan adik-beradik lain tidak pernah melihat Amid bersikap atau bercakap kasar terhadap emak.
Apa saja keputusan atau kehendaknya, Amid akan merujuk kepada emak terlebih dahulu. Emaklah yang akan memutuskan. A kata emak, A jugalah katanya. Hitam kata emak, hitamlah kata Amid. Saya sendiri, termasuk adik beradik lain tidak mampu untuk bersikap seperti Amid.
Pernah juga saya mengajak Amid bekerja di Kuala Lumpur mencari rezeki di sana, tetapi dia menolak. Katanya, biarlah dia tinggal bersama emak.
“Kalau semua pergi, sapa nak jaga emak? Sapa nak uruskan lembu kambing? Kakak? Dia perempuan. Mana larat buat kerja yang berat-berat. Lagipun takkan nak biarkan rumah ni tak ada lelaki?”
“Abang dan kakak pun dah ada keluarga masing-masing. Abang Usop dan Abang Mat pula dah duduk di KL. Jadi, biarlah Amid duduk di kampung aja. Kerja jaga kambing dan lembu pun tak apalah,” kata Amid kepada saya.
Setiap kali saya mengajak, pasti jawapan Amid sama. Lama-kelamaan saya mengalah. Kami adik-beradik sudah faham perangai Amid. Saya tahu, pasti Amid tidak akan setuju untuk ke Kuala Lumpur. Amid dan emak bagaikan isi dengan kuku. Bagaikan satu nyawa. Tidak boleh berpisah. Dia lebih rela menjadi gembala lembu daripada meninggalkan emak yang sudah tua itu.
Bukan itu sahaja, dalam hal-hal makan minum pun, Amid tetap akan mendahulukan emak. Sekiranya dia membawa pulang kuih-muih yang dibeli dari pekan, janganlah sesiapa sentuh, selagi emak tidak menjamah terlebih dulu. Ada kalanya saya perasan, emak menjamah sikit makanan itu, semata-mata untuk menjaga hati Amid.
Jika Amid berkenan untuk membeli sesuatu barangan, dia tidak akan terus membelinya. Amid terlebih dulu akan pulang dan meminta izin emak untuk membeli barang tersebut. Sekiranya emak mengizinkan, barulah dia beli barang itu. Jika tidak, dia tidak akan beli, biarpun barangan itu memang dia inginkan.
Ketika emak terlantar sakit dan hampir lumpuh, Amid lah yang menjaganya. Kami adik-beradik ketika itu benar-benar mengharapkan Amid sebagai anak lelaki untuk menjaga emak. Maklumlah, kami di Kuala Lumpur. Tetapi Amid memang tidak mengecewakan kami.
Cerita emak kepada saya, setiap malam Amid akan tidur berdekatan emak di ruang tamu rumah tempat emak terbaring. Tidak pernah sekalipun dia tidur di biliknya selama emak terlantar. Pantang terdengar emak bergerak Mau terbatuk di tengah malam buta, Amid pasti terjaga.
“Kenapa mak?
Mak nak buang air ke?
Lapar? Mak nak minum?”
Amid akan bertanya pada emak.
Sekiranya emak mahu buang air, Amid akan memapahnya ke bilik air. Jika emak mahu minum, dia akan menyediakan minuman. Kalau emak pening, Amid akan memicit-micit kepala emak sehingga orang tua itu terlena. Jika emak menggigil kesejukan, Amid akan menarik selimut menutupi tubuh emak daripada kedinginan malam.
Satu malam, cerita emak kepada saya lagi, ketika sedang berbaring, tiba-tiba dia berasa pening kepala. Lalu emak pun mengadu pada Amid yang sedang berbaring di sebelahnya.
Amid bingkas bangun lalu memicit micit kepala emak. Tiba-tiba, emak terasa nak muntah sangat-sangat. Amid yang baru saja bangun untuk mengamhil besen, apabila melihatkan keadaan emak, membatalkan hasratnya ke dapur. Amid segera berteleku dihadapan emak lalu menadah tangannya, meminta emak muntah di telapak tangannya. Berlambak muntah emak di telapak tangan Amid. Tetapi, Amid sedikit pun tidak kisah atau berasa geli-geleman.
Apabila mendengar cerita emak, saya sendiri yang menitis air mata. Memang, Amid sanggup berbuat apa sahaja untuk emaknya. Sehingga kini, apabila saya teringatkan peristiwa itu, air mata pasti bergenang. Sebak hati saya apabila emak menceritakan bagaimana Amid melayannya ketika dia sedang terlantar sakit.
Pengorbanan Amid terhadap emak memang tidak mampu dilakukan oleh adik-beradik yang lain termasuk saya sendiri. Di samping itu, Amid juga bertanggungjawab memberi makan lembu kambing sebanyak 30 ekor. Semuanya Amid laksanakan tanpa bersungut. Amid menjaga emak sehingga sembuh sepenuhnya.
Semenjak berhenti sekolah, sehingga ke usianya hampir mencecah 30-an, rutin hidup Amid tidak pernah berubah. Pagi, Amid akan ke kebun dan selepas solat Zuhur, dia akan pulang untuk makan tengah hari. Sementara menunggu petang menjelang, dia akan tidur sebentar melepaskan lelah.
Kemudian, selepas solat Asar, Amid akan keluar semula. Dia akan ke kebun yang jaraknya kira-kira dua kilometer dari rumah untuk memastikan lembu kambing yang sudah kekenyangan itu dimasukkan semula ke dalam kandang.
Begitulah kehidupan Amid seharian. Biarpun ketika Itu, usianya sudah cukup matang untuk mendirikan rumah tangga, namun dia langsung tidak terfikir ke arah itu.
Katanya pada saya, buat masa ini, cukuplah seorang wanita bergelar ibu di dalam hidupnya.
Pada hari itu, selepas pulang dari kebun menghantar emak ke rumah, Amid menunaikan solat Asar. Selepas selesai, dia akan menunggang motosikal buruknya ke kebun untuk menghalau kambing dan lembu masuk semula ke kandang. Ketika itu, langit sudah gelap. Kilat mula memancar diiringi dentuman guruh. Menurut cerita kakak saya, Mek, Amid berada di kandang sehingga pukul 6.00 petang.
Mek nampak Amid menghalau lembu kambingnya sebab rumah Mek dekat saja dengan kandang haiwan itu. Kira-kira pukul 6.15 petang, hujan mula turun dengan lebat. Kakak saya, Mek, Jah bersama adik saya, Nor dan Ana sedang berada di rumah mereka pada waktu itu.
Apabila hujan lebat turun dan guruh serta petir sambung-menyabung, mereka sangkakan Amid sudah pulang ke rumah emak. Jadi mereka langsung tidak memikirkan tentang Amid kerana menyangka Amid sudah pulang ke rumah sebelum hujan turun.
Tiba-Tiba……Prangggggg. Tuuuuummmmt!Dentuman serta panahan petir yang teramat kuat itu membuatkan Mek, Jah, Nor dan Ana terperanjat. Panahan petir itu turut membelah beberapa batang pokok pisang yang ditanam di belakang rumah serta merobekkan dinding dan pintu bilik air rumah Mek.
Pada masa yang sama, emak yang sedang berada di halaman rumahnya kira-kira dua kilometer dari rumah Mek, turut terperanjat mendengar bunyi dentuman petir itu. Darahnya berderau. Lutut emak tiba-tiba saja jadi lemah. Dirinya terasa seperti di awang-awangan.
Tiba-tiba mulut emak terpacul kata kata, “Ya Allah. Anak aku!”
Hati emak jadi berdebar-debar. Dia teringatkan Amid yang sedang berada di kebun. Emak tiba-tiba bimbang terjadi sesuatu yang buruk terhadap Amid.
Kira-kira setengah jam berlalu, hujan semakin reda. Pancaran kilat dan guruh juga sudah sayup-sayup bunyinya. Tiba-tiba Mek teringatkan Amid. Dia menghubungi emak, tetapi kata emak, Amid masih belum pulang. Mek mula rasa tidak sedap hati. Dia mengajak abang kami, Pok Yee untuk keluar bersama mencari Amid. Mereka berdua menuju ke kandang yang tidak jauh dari rumah mereka itu.
Sampai di sana…
“Ya Allah, adik akuuuuuu!!!” Jerit Mek sebaik sahaja melihat Amid terbaring mengiring di bawah pohon sentul di depan kandang kambingnya.
Mek memangku kepala Amid. Mek Jerit nama Amid beberapa kali, tapi Amid tidak lagi menyahut. Tubuhnya kaku. Cerita Mek kepada saya. ketika itu dia melihat darah mengalir laju keluar dari telinga Amid. Kesan lukanya pula seperti terkena tembakan peluru. Dari wajahnya, sehingga ke paras dada, menjadi hitam kesan terbakar.
Amid dibawa ke hospital dengan bantuan seorang jiran dan disahkan sudah meninggal dunia. Ketika menunggu hospital membenarkan kami membawa pulang jenazah Amid, Mek pun bercerita kepada kami bagaimana dia melihat sesuatu yang agak pelik pada mayat Amid ketika dia mula-mula menjumpainya.
Cerita Mek, mayat Amid dijumpainya terbaring mengiring menghadap ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula dalam keadaan kiam.
Lazimnya seseorang yang dipanah petir, tercampak dan keadaan anggota badannya tidak teratur. Tetapi ini tidak, mayat Amid seolah olah dibaringkan dan tangannya dikiamkan ke dada. cerita Mek kepada kami lagi.
PAGI itu, suasana pilu menyelubungi rumah kami. Mayat Amid terbujur kaku diselimuti kain kapan di ruang tamu. Saya termasuk beberapa orang adik-beradik dan orang kampung, sibuk menguruskan urusan pengebumian Amid.
Di sekeliling mayat, kelihatan saudara-mara memenuhi ruang rumah, termasuk orang-orang kampung membacakan surah Yasin. Setelah solat jenazah, mayat Amid dibawa ke perkuburan. Sebaik selesai urusan pengebumian, azan solat Jumaat pun berkumandang.
Sehari selepas Amid dikebumikan, saya ke kuburnya untuk membacakan surah Yasin. Saya tiba di tanah perkuburan kira-kira pukul 9.00 pagi. Ketika sedang khusyuk membaca Yasin. tiba-tiba saya terdengar suara burung berkicauan di atas pokok-pokok di kuburan itu.
Pada mulanya saya tidak hiraukan kicauan burung-burung tersebut. Tetapi lama-kelamaan, saya dengar bunyi kicauan itu semakin kuat dan rancak. Saya pun mendongak, kelihatanlah sekumpulan burung sedang terbang berpusing dan galak berkicau. Mula timbul rasa pelik dalam diri saya sebab sewaktu mula-mula sampai ke tanah perkuburan, langsung tidak nampak kelibat seekor burung pun.
Saya menyambung kembali bacaan sehingga tamat. Anehnya, sebaik saya habis membaca surah Yasin, bunyi kicauan burung itu hilang serta-merta. Apabila saya mendongak, saya dapati sekawan burung yang berterbangan tadi juga sudah ghaib entah ke mana.
Serentak itu saya terbau haruman yang tidak pernah saya rasai sebelum ini. Baunya amat harum. Saya mencari-cari dari mana datangnya bau harum itu, mungkin dari orang lain yang berkunjung ke kawasan perkuburan itu, tapi saya tidak menemuinya. Tiada orang lain di kawasan perkuburan itu kecuali saya.
Saya kemudian meninggalkan pusara Amid, sedang di dalam kepala masih terfikir-fikir tentang kejadian pelik sebentar tadi. Apabila pulang ke rumah emak, tambah memeranjatkan, apabila saya terbau haruman yang sama di dalam bilik Amid. Saya masuk ke biliknya dan mendapati bau tersebut datangnya dari sudut bilik tempat Amid sering bersembahyang. Subhaanallah! Itu saja yang mampu saya katakan dalam hati.
Bukanlah tujuan saya untuk bercerita tentang kebaikan adik sendiri atau bertujuan untuk berbangga, riak dan sebagainya, tetapi bagi keluarga kami, Amid menjadi contoh seorang anak yang begitu taat kepada ibunya. Dan kisah ini ingin saya kongsikan bersama sebagai satu pengajaran buat kita semua. Setiap kali saya terbaca kisah-kisah sadis dan kejam seperti kejadian anak membunuh ibu, atau anak sanggup menghantar ibu bapa ke rumah jagaan orang-orang tua di akhbar atau majalah, pasti saya akan teringatkan sikap Amid.
Biarpun Amid sudah pergi meninggalkan kami hampir lebih dua tahun lamanya, namun apabila saya terkenangkannya, saya akan menitiskan air mata. Sedih dan terharu apabila mengenangkan pengorbanan Amid terhadap emak. Namun, dalam sedih, ada terselit di hati saya rasa gembira. Sikap taatnya kepada ibu, dan peristiwa pelik yang berlaku pada Amid ketika kematiannya, membuatkan saya yakin, itu adalah petunjuk dari Tuhan, sebagai balasan buat seorang anak yang telah mengabdikan diri terhadap ibu sehingga ke akhir hayatnya.
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)”.
- Surah Luqman ayat 14.

CERITA 18
Menanam Pohon Kebaikan..
Pada suatu hari, seorang pakcik tua yang bijaksana berjalan melalui hutan bersama seorang anak muda yang terkenal kerana tidak bertanggungjawab dan kepala batu. Setelah melakukan perjalanan sekian lama, pakcik tua itu menghentikan langkahnya, lalu menunjuk sebuah pohon yang masih kecil.
“Cabutlah pohon itu,” kata pakcik tua.
Pemuda itu segera membongkok, dan hanya dengan dua jari saja ia dengan mudah dapat mencabut pohon itu. Setelah berjalan lebih jauh lagi, orang tua itu berhenti di depan sebuah pohon yang agak besar.
“Cuba cabut pohon ini,” kata pakcik tua. Sekali lagi pemuda itu menuruti perintahnya, namun kali ini dia menggunakan kedua tangannya dan dengan sekuat tenaga mencabut akar pohon itu.
Setelah itu, mereka melanjutkan perjalanan kembali dan akhirnya mereka berhenti di depan sebuah pohon yang sangat besar.
“Sekarang, cabut pohon ini!” perintah pakcik tua itu.
“Wah, itu tidak mungkin!” protes pemuda itu.
“Aku tidak mungkin dapat mencabut pohon sebesar ini. Untuk memindahkannya memerlukan sebuah jentolak” kata anak muda itu.
“Kamu benar ” jawab pakcik tua itu seraya tersenyum.
Kesimpulan dari kisah ini adalah “tabiat” kita, sama ada tabiat baik mahupun tabiat buruk, sama seperti pohon-pohon itu: tabiat yang belum berakar dalam, seperti pohon yang masih kecil, dapat dicabut dengan sangat mudah. Tabiat yang akarnya mulai mendalam, seperti pohon yang sudah sederhana besar, untuk mencabutnya diperlukan usaha dan tenaga yang sangat kuat. Tabiat yang sudah berakar kuat, seperti pohon besar yang menjulang tinggi kukuh.
Bahkan orang itu sendiri tak lagi mampu untuk mencabutnya. Maka dari itu, jagalah diri kita agar tabiat yang sedang kita tanamkan adalah tabiat-tabiat yang baik. Cuba ambil waktu untuk selidiki hati kita.
Adakah tabiat buruk yang masih sangat kecil tertanam di hati kita? Atau mungkin ‘pohon buruk’ yang sudah agak besar? Dan yang lebih penting, adakah ‘pohon besar’ yang tertanam begitu lama? Jika ada, segera carilah penyelesaian masalah atas tabiat buruk itu
Tanya orang lain yang boleh dipercayai dan mampu untuk membantu menyelesaikan masalah itu. Berdoa dan memohonlah kepada Allah agar dapat di berikan kemudahan dan petunjuk. Cubalah untuk mengubah sedikit demi sedikit perilaku yang buruk menjadi lebih baik. Walau mungkin sesekali kita akan gagal, terus cuba dan ulangi lagi. Dengan sikap yang ingin berubah yang kental
Insya Allah.. kita akan lebih mudah untuk membuang ‘akar buruk’ tersebut. Marilah sama-sama kita mencuba untuk menjadi hamba-hamba yang lebih baik lagi. Jika keburukan kita tak nampak di mata manusia, tetapi janganlah sampai kita lupa, ada Yang Maha Melihat atas apa-apa yang telah kita kerjakan, iaitu Allah SWT.
Janganlah nanti kita menyesal, kerana setiap perbuatan pasti akan ada balasannya. Baik dan buruk. Ada syurga dan neraka yang telah menanti. Dan di mana tempat kita nanti? Itu dapat di pengaruhi oleh ‘pohon’ yang kita tanam didalam hati. Pohon yang ‘baik’ atau pohon yang ‘buruk’.
Semua itu adalah pilihan kita sendiri.
“Masuklah kamu ke pintu-pintu neraka jahanam, sedang kamu kekal di dalamnya. Maka itulah seburuk-buruknya tempat bagi orang yang sombong.” (Qs. Al-Mu’ min : 76)
“Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang soleh, sesungguhnya akan kami tempatkan mereka pada tempat-tempat yang tinggi di dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal didalamnya. Itulah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal, (iaitu) yang bersabar dan bertawakal kepada rabbinya.” (Qs. Al-Ankabut : 58-59)

CERITA 17
Menantu
Hantu
Ada satu famili. Satu hari sedang
menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua
rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan
emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa
mertua.
Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.
Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.
Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..".
Sumbangan : Jas

CERITA 16
Salah
Tafsiran
Ada 26 orang gila, mereka akan
menjalani ujian kesihatan di Amerika. Mereka dibawa dengan menggunakan pesawat
Hercules yang besar. Ketika di udara, orang-orang gila itu terlalu bising
kerana bermain bola di dalam pesawat. Kapten pesawat marah dan menyuruh
co-pilotnya untuk menenangkan mereka. "Hoi! Bising sangat nie! Jangan main
bola di dalam kapalterbang!!!" bentak co-pilot kepada orang-orang gila
tersebut.
Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-kelamaan, Kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk memeriksa keadaan di belakang. Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah mati! Orang gilanya tinggal 4 orang!!! "Hei, kamu semua! Kenapa tinggal 4 orang sahaja? Yang lain ke mana?"
"Habis... tak boleh main bola di dalam kapalterbang, jadi mereka main bola di luar la."
"HAH?! Habis tu kenapa kamu semua masih berada di dalam?"
"Kan kami nie pemain simpanan...".
---- sumbangan: Rin

Hadiah
Hari Guru (Sempena Hari Guru)
Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4
Slow, di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman. Cikgu sedang memberikan
cadangan kepada murid-muridnya tentang hadiah sempena Hari Guru esok.
Cikgu: Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan.
Murid: Tapi cikgu, hadiah yang macam mana?
Cikgu: Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung… jagunglah hadiahnya, jika nelayan, ikan pun boleh..
Murid-murid: Ohh…. begitu..
Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah… macam-macam ada. Tersenyum lebar cikgu ….
Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat? Datang lewat pulak!
Mamat: Usung hadiah cikgu… tu ada kat luar kelas.
Cikgu: Ya.. Allah, batu nesan Mat?????
Mamat: Ha….aaa (dengan bangga)
Cikgu: Ayah kamu kerja apa?
Mamat: PENGGALI KUBUR cikgu.
Cikgu: Patutlah.

---- Sumbangan: Cikgu Usman
CERITA 14
Harta
Pusaka Nenek
Setelah sekian lama di perantauan
akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.
Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."
Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).
Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."
Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"
Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."
Rahmat : "?????"
----sumbangan: Firdaus

CERITA 13
Kisah
Sedih Untuk Bacaan Anda
Bercakap fasal doa, teringat satu
kisah yang sangat-sangat memberikan kesan dalam kehidupan saya. Guru-guru saya
di sekolah, semenjak sekolah rendah, sangat menerapkan doa. Jadi, saya sudah di
biasakan dengan Solat Hajat, Solat Dhuha, Qiamullail, waktu-waktu doa yang
mustajab seperti ketika hujan dan sebagainya agar saya rajin berdoa, dan agar
doa saya makbul. Jadi, bila Allah anugerahkan saya kejayaan, saya sentiasa
rasa, itu sebab saya doa dengan bersungguh-sungguh. Namun satu cerita mengubah
persepsi saya.
Cerita yang saya dengar itu begini:
Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik. Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak di didik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.
Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya.
Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.
Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.
Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.
Si Abang yang kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.
Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya,
Si Abang berkata dengan sombong:
“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”
Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.
Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang. Satu hari, Si Adik meninggal dunia.
Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa. Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu. Kertas itu tertulis:
“ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”
Masya'ALLAH…
Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.
Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.
Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang.
Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.
"Aku buat beginilah yang jadi begini."
"Doa aku makbul seh!"
"Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun."
Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.
Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.
Cerita itu sangat menyentuh hati saya. Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga.
Kita ini banyak dosa. Banyak hijab. Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah.
Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya. Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan untuk anda. Semoga anda juga tidak lupa memberikan doa anda untuk Tok Wan samada Tok Wan masih hidup atau sudah mati. Semoga Allah SWT redha dengan kita semua.

Kisah Lima Jari
Dah petang2 begini lepas solat asar kalau tak pekena kopi 'O' barang secawan memang seperti ada yang tak kena. Ada juga kawan2 tok ajak ke kedai mamak pekena nescafe tarik kurang manis sorang secawan tapi teringat lima jari teringat pula pesanan hati kepada diri sendiri,'Alahai...setakat nak minum kopi 'O' tu buat sendiri pun boleh, duduk di kedai kopi sudah pasti hati seriau, sudah pasti mata banyak melilau, sudah pasti masa banyak tersasau. Hati pun akan bertaambah risau. Jadi tok ambil keputusan 'korunk pergilah'. Biar aku bersendiri.
Petang nie tok nak cerita pasal 5 jari yang terdapat pada tangan kita yang Allah swt beri kepada kita. Tapi nak cerita hal jari ni tok kena pula related dengan satu peristiwa pada suatu subuh...okey..??
Pada suatu pagi sewaktu azan subuh belum lagi berkumandang maka kelihatan se susuk tubuh siap bersongkok sedang berjalan hendak menuju ke masjid. Niatnya untuk berjema'ah di masjid, berjema'ah solat suboh. Lelaki muda ini pasti bahawa perjalanannya memang itulah setiap pagi, sunyi, cuma sesekali ada sebuah atau dua buah kereta melintasi gelap pagi. Nak kata ada orang lain yang berjalan bersama-sama dengannya mesti takkan pernah ada. Lelaki ini yakin hanya dia seorang sahaja berada di jalan menuju masjid setiap pagi termasuk pagi pada hari dimana kejadian ini berlaku.
Tiba-tiba terasa seperti ada seseorang berjalan hampir di belakangnya. Lelaki ini menoleh ke kanan,'Assalamualaikum wbt' , begitu dia menoleh begitu laju salam yang lengkap dengan Rahmat Allah swt sekali terpacul dari mulut lelaki di sebelahnya itu. Lelaki dalam peringkat umur dewasa berserban putih mempunyai janggut putih serta jubah putih. Walau sudah tua namun cara langkahnya seperti dia masih muda perkasa.
'Wa 'alaikum salam wbt', jawab lelaki muda ini tanpa menampakkan rasa terkejutnya. Lelaki tua yang baru muncul entah dari mana itu cuma tersenyum. Tersenyum seperti teramat gembira.
'Rumah kat mana?', tanya lelaki yang berserban itu kepada lelaki yang muda.
'Kat lorong 4/1A' tu. Kata lelaki yang muda sambil tangan seperti menunjuk arah. 'Pakcik pula rumah kat mana?'. Tanya lelaki yang muda kepada lelaki itu sambil menghulurkan salam. Salam berbalas.
'Saya kat belakang bangunan menara tu, baru semalam pindah kemari dari Telok Intan.' Katanya ringkas sambil melangkah bersaing dengan lelaki muda. Mereka berdua berjalan beriringan menuju masjid. Memang masih jauh perjalanan untuk sampai ke masjid.
'Pagi2 macam gini payah nak jumpa orang muda macam awak berjalan kaki sorang-sorang pergi masjid.' Kata lelaki yang baru muncul itu tanpa memandang lelaki muda.
'Biasalah tu Pakcik, manusia tak nampak banyak perkara. Kalau nampak gerenti penuh masjid pagi hari ni.' Jawab lelaki muda.
'Awak ni boleh di katakan bagus juga sebab sanggup berjalan pagi2 hari semata-mata hendak berjemaah subuh kat masjid. Biasanya orang muda macam awak ni liat nak bangun pagi.' Kata lelaki itu.
'Takder lah Pakcik...ini cuma kewajipan saja. Kita sorang-sorang kat dalam bilik dapat pahala sikit. Kalau buat ramai-ramai kat masjid dapat berganda pahala.' Kata lelaki muda sambil tersengeh.
'Macam ni lah nak. Pakcik nak bagitau kat awak satu hal yang berkait dengan jari kita ni.' Kata lelaki itu sambil menunjukkan lima jari tangan yang di bukanya dan menunjukkan ke arah lelaki muda seolah-olah nak tengok naseb kat tapak tangan.
'Jari kita ini ada lima kesemuanya, yang membawa maksud kehidupan kita ada lima persinggahan. Jari yang paling kecil ini.' Sambil menunjukkan jari kelingking. 'Ia menceritakan persinggahan kita di alam roh, yakni alam sebelum kita berada di dalam perut mak kita selama 9 bulan. Semasa kita berada di alam roh dulu sebenarnya roh kita sudah berjanji kepada ar Rab untuk bersetuju menjadi manusia lelaki atau perempuan, setuju untuk menjadi anak Melayu atau anak India, setuju untuk menjadi anak orang miskin atau anak orang kaya, setuju untuk menjadi menggunakan wajah yang menarik atau wajah yang hodoh.' Kata lelaki itu dengan begitu tekun. Lelaki muda hanya mendengar dan mengangguk sahaja.
'Ketika kita redha dengan bakal lahir lelaki dari orang Melayu dan tidak kaya sebenarnya kita sudah ada sasaran bagi memperjuangkan Hak Allah swt. Kita pernah berjanji untuk menegakkan kalimah Allah. Dan bila bakal lahir kita dari perempuan yang cantik, orang Melayu serta kaya kita sebenarnya telah berjanji akan menggunakan kecantikan yang kita ada itu untuk membawa manusia yang tertarik sebab kecantikan yang Allah swt berikan kepada kita itu ke jalanNya. Dan kekayaan yang Allah swt berikan dari kelahiran keluarga kita itu akan kita gunakan pada jalan Allah swt. Namun hakikatnya apabila lahir kita ke dunia ini dan bila kita sedar kita sudah punya akal maka kita lupa segala janji kita semassa di alam roh dulu'. Kata lekaki itu bersungguh-sungguh.
'Kemudian jari kedua yang ini', sambil menunjukkan jari manisnya. 'Ia adalah persinggahan kita di dalam perut mak kita dulu, dan persinggahan kita itu kita tahu selama 9 bulan 10 hari. Kita tak tahu, tak ingat apa yang berlaku semasa kita di dalam perut mak kita. Namun sebenarnya kita mendengar segala pertuturan emak kita dengan orang di sekelilingnya. Kita sedar perbuatan2 mak yang bertentangan dengan perintah Allah swt yang perlukan pembetulan dari kita. Tapi sebaik lahir dan melihat dahsyatnya dunia ini kita rasa seperti nak masuk semula ke dalam perut mak kita dan nak kembali semula ke alam pertama tadi. Walau bagaimana pun setiap kelahiran sudah di janjikan, kita harus menurut setiap perkara yang sudah di tentukan oleh Allah swt.'
'Jari yang tengah ini ialah persinggahan kita sekarang ini, di atas dunia ini selepas kita keluar dari perut mak kita. Jari ini berada di tengah-tengah antara semua jari dan jari ini adalah lebih panjang dari jari yang lain membuktikan persinggahan kita di sini sangat bermakna untuk kehidupan kita di persinggahan yang akan datang.'
'Jari yang ini pula,' kata lelaki tua irtu sambil menunjuk jari telunjuk. ' Selalu kita gunakan untuk tunjuk kat situ atau tunjuk kat sini. Jari ini juga kita gunakan untuk menyoal orang lain atau untuk meperingati orang lain, contoh untuk memberi amaran kepada anak kita. Begitu juga keadaan persinggahan kita yang ke empat yakni di alam kubur. Kita akan di soal tentang itu, tentang ini. Semasa persinggahan ke 4 ini mungkin akal dan roh dapat melihat semula perkara-perkara itu dan ini yang pernah kita lalui dalam setiap persinggahan yang telah kita lalui sebelumnya.'
'Jadi semasa berada di persinggahan ketiga ini', kata lelaki itu sambil menunjuk semula jari tengah. 'Kita mesti gunakan peluang yang ada, peluang untuk berbuat amal kebaikan. Manusia sering berlumba-lumba untuk mencapai kejayaan akan berbahagia bila sampai di perssinghan seterusnya. Kalimah “Hayya Ala Falah” yang bermaksud marilah menuju ke arah kejayaan yang dilaungkan sejak hari kelahiran memberi satu semangat untuk kita berjaya dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi. Seolah hati tidak puas sehinggalah mencapai kejayaan yang tertinggi dalam hidup ini.'

'Persinggahan terakhir kita ialah di alam kekal yakni alam akhirat, jari ini.' sambil menunjukkan ibu jari. Kalau dalam persinggahan ke 3 itu bagus dan di alam kubur juga bagus maka ibujari ini akan naik ke atas. Sebaliknya jika persinggahan ke 3 itu tak bagus maka ibujari akan pergi ke bawah. Ia antara GOOD atau NO GOOD'. Kata Pakcik itu. Fulamakkk, cakap orang puteh juga Pakcik ni.
Tetiba terdengar ucapan 'Suhanallah walham dulillah wa Laillahailallah wallahu akbar. Allahumma solli ala Saidina Muhammad, wa ala alihi wasohbihi wabarik ya Karim', dari corong pembesar suara di masjid yang sudah hampir dengan kami. Suara ini menandakan sebentar saja lagi Bilal akan meemperdengarkan azan suboh.
'Dah dekat nak azan dah ni Pakcik'. kata lelaki muda kepada lelaki yang di sebelahnya sambil memandang ke arah lelaki tersebut. Tapi lelaki yang berjalan di sebelahnya sejak tadi sudah tidak ada. Dia memandang keliling namun tidak nampak. Dia yakin lelaki yang berserban putih itu sudah hilang. Siapakah dia? Hanya Allah swt yang tahu siapakah dia.
Yang pasti lelaki yang muncul itu bukannya setan. Dia pasti dari kalangan hamba-hamba Allah swt yang ta'at kepada perintah Allah swt. Kehadirannya yang cuma sekejap cukup berkesan bagi kehidupan di persinggahan yang akan datang.
Kejayaan sebenar adalah suatu kejayaan dalam setiap persinggahan, bukannya destinasi. Ini kerana di dalam setiap fasa pengembaraan dan persinggahan kita perlukan kepada kejayaan. Mungkin ada yang mengatakan apabila seseorang itu berada dia sudah mencapai hasrat yang ditujuinya. Tetapi ternyata ianya adalah salah sama sekali.
Seorang yang berjaya di dalam bidang perniagaan, belum tentu dia akan berjaya selama-lamanya. Ada ahli perniagaan yang kaya-raya, akhirnya menjadi papa kedana apabila kemelesetan ekonomi berlaku. Ada juga yang sudah berjaya di tahap yang tertinggi dalam kariernya, tetapi akhirnya jatuh terjelepuk di dalam penjara akibat salah laku rasuah yang di lakukannya.
Bahkan Firaun yang telah berjaya membina sebuah tamadun yang hebat, akhirnya tersungkur dengan kuasa Allah SWT. Malah peninggalannya seperti piramid dan spinx masih kekal sehingga kini untuk menjadi peringatan buat orang yang masih melata diatas muka bumi.
Akhir sekali marilah kita ambil ikhtibar dari setiap persinggahan kita ini bagi menjamin persinggahan di hadapan kita akan lebih baik, dan jika persinggahan terakhir juga baik sudah pasti kita akan di berikan syafa'at untuk membantu saudara-saudara kita yang kita kasehi di persinggahan ke tiga ini.
Posted by tok wan
CERITA 11
( KALI INI KITA BACA CERITA LUCU PULA YER..)
Nak Cerita Pun Malas
Pada masa dahulu, ada sebuah kampung
di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu
hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa
perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang
paling malas.”
Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?”
Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”
Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.”
Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?”
Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”
Maka raja pun terdiam seketika.
Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, “Patik adalah yang paling malas tuanku.”
Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.
Sumbangan: Mat

CERITA 10
Menggali
Petikan Kata-Kata Sang Motivator
Seorang Motivator berkata:
"Tahun-tahun terbaik dalam hidupku..ku habiskan bersama seorang wanita yang
bukanlah isteriku."
Hadirin terkejut dan terpaku...
Ia kemudian menambah , "Ia adalah ibuku."
Hadirin kemudian bertepuk tangan dengan gemuruh dan tertawa.
Mamat yang baru saja mengikuti seminar tersebut, kemudian mencuba hal ini di rumah. Setelah makan malam, ia berkata dengan lantang di depan isterinya di dapur,
"Aku menghabiskan tahun-tahun terbaik hidupku bersama seorang wanita yang bukan isteriku."
Ia berhenti sejenak memejamkan matanya, cuba mengingati kalimat terakhir sang Motivator... Ketika Mamat membuka mata, ia mendapati dirinya terbaring di tempat tidur hospital, baru saja mendapatkan rawatan akibat siraman air panas...
Moral of the story:
Don't copy, if you can't paste.
Sumbangan: Mamat

CERITA 9
Kisah
Nabi Musa a.s Dengan Seekor Burung Helang
Pada suatu hari Nabi Musa a.s. telah
keluar dan pergi berjalan-jalan bersama dengan Yusa' bin Nun , tiba-tiba ada
seekor burung putih yang hinggap pada bahu Nabi Musa a.s.
Burung itu berkata : "Wahai Nabi Allah lindungilah aku dari suatu pembunuhan pada hari ini".
Nabi Musa a.s bertanya : "Dari siapa?
Jawab burung itu : "Dari burung helang yang mahu memakan aku."
Burung itu lalu masuk kelengan baju Nabi Musa a.s dan tidak berapa lama datanglah burung helang terbang menghadap Nabi Musa a.s dan berkata.
Burung helang berkata : "Hai Nabi Musa, janganlah engkau menghalangi aku dari buruanku."
Nabi Musa berkata : "Aku akan menyembelih seekor kambingku untukmu sebagai gantinya."
Jawab burung helang : "Daging kambing tidak sesuai bagiku."
Selanjutnya burung helang itu berkata : "Sebagai ganti, aku ingin makan dua biji matamu sebagai ganti."
Jawab Nabi Musa a.s : "Baiklah kalau demikian."
Kemudian Nabi Musa a.s tidur menelentang dan datanglah burung helang itu hinggap di dada Nabi Musa a.s dan hendak mematuk dua matanya dengan paruhnya.
Melihat yang demikian ini Yusa' bin Nun berkata : "Wahai Nabi Allah, apakah engkau menganggap mudah dua mata engkau, hanya dalam urusan burung ini sahaja?"
Maka burung itu terbang dari lengan baju Nabi Musa a.s dan helang pun mengejarnya. Akhirnya kedua-dua burung itu kembali menghadap kepada Nabi Musa a.s seraya berkatalah seekor dari antara keduanya : "Aku sebenarnya adalah malaikat Jibril dan kawanku ini adalah malaikat Mikail. Tuhanmu telah menyuruh kami menguji kepadamu boleh bersabarkah engkau dari qadha' Tuhanmu atau tidak."
Memang kesabaran itu harus dimiliki oleh setiap orang, lebih-lebih lagi orang yang beriman kepada Allah kerana memang orang yang beriman tidaklah akan dibiarkan begitu sahaja setelah ia menyatakan beriman kepada Allah, melainkan ia harus melalui ujian atau cubaan pula.
Rasulullah s.a.w bersabda bahawa sabar itu ada tiga:
Sabar terhadap bencana.
Sabar berlaku taat.
Sabar menjauhi perbuatan derhaka.
Barangsiapa sabar terhadap bencana, maka dicatat baginya tiga ratus darjat yang jaraknya jauh antara tiap-tiap dua darjat seperti jauhnya antara langit dan bumi.
Barangsiapa sabar berlaku taat, maka dicatatkan baginya enam ratus darjat yang jarak jauhnya antara dua darjat seperti jarak jauh antara permukaan bumi yang paling atas dengan dasar bumi yang ketujuh.
Barangsiapa sabar menjauhi perbuatan derhaka, maka dicatatkan baginya sembilan ratus darjat, yang jaraknya jauh antara tiap-tiap dua darjat seperti jarak jauhnya antara Arsy dengan bumi."

CERITA 8
Soal
Jawab antara Rasulullah SAW dengan Iblis Laknatullah
Allah S.W.T telah memerintahkan Malaikat berjumpa Iblis Laknatullah supaya dia berjumpa dengan Rasulullah S.A.W untuk memberitahu segala rahsianya,samada yang disukai mahupun yang dibencinya.Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad S.A.W dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.Maka Malaikat itu pun berjumpa dengan Iblis Laknatullah dan berkata “Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke hadrat Rasulullah SAW.Hendaklah engkau buka segala rahsia engkau dan apa-apa yang disoal oleh Rasulullah SAW,hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya.Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun,nescaya akan diputuskan segala suku-suku anggota badanmu,uratmu serta disiksa dengan azab yang amat keras”.
Demi mendengar sahaja kata Malaikat yang dahsyat itu,Iblis Laknatullah sangat ketakutan.Maka segeralah dia menghadap Rasulullah S.A.W dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai,panjangnya seperti ekor lembu.Iblis Laknatullah pun memberi salam,sehingga 3 kali tetapi tidak dijawab oleh Rasulullah S.A.W.Maka Iblis Laknatullah berkata, “Ya Rasulullah! Mengapa kau tidak menjawab salam aku?Bukankah salam itu sangat mulia disisi Allah?”.Maka jawab Rasulullah S.A.W dengan marah: “Hai Aduwullah seteru Allah!Kepada aku engkau menunjuk baikmu?Jangan engkau cuba hendak tipu aku sebagaimana engkau tipu nabi Allah Adam a.s sehingga keluar dari Syurga,Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutan engkau,
Nabi Allah Ayub a.s engkau tipu dengan asap beracun ketika dia sedang sujud bersembahyang hingga dia sengsara beberapa lama,kisah Nabi Allah Daud a.s dengan perempuan Urya,Nabi Allah Sulaiman a.s meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya’ dan pendita yang telah menanggung sengsara akibat hasutan engkau.Hai Iblis Laknatullah!Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah Azza Wajalla,cuma salam engkau saja aku tidak menjawabnya kerana diharamkan oleh Allah S.W.T.Maka aku kenal baik-baik bahawa engkaulah Iblis Laknatullah,raja segala Syaitan dan Jin yang menyamar diri. Apakah niat engkau datang berjumpa aku?”.
Iblis Laknatullah berkata: “Ya Nabi Allah!Janganlah engkau marah, kerana engkau adalah Khatamul Anbiya’ maka engkau dapat kenal aku.Kedatangan aku adalah disuruh Allah S.W.T untuk memberitahumu segala tipu daya aku terhadap umatmu dari zaman Nabi Allah Adam sehingga akhir zaman.Ya Nabi Allah!setiap apa yang engkau tanya aku sedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya,tiadalah aku berani sembunyikan”.Maka Iblis Laknatullah pun bersumpah dengan menyebut nama Allah S.W.T dan berkata “Ya Rasulullah!Sekiranya aku berdusta barang sepatah pun nescaya hancur leburlah badan aku menjadi abu”.
Mendengarkan pengakuan Iblis Laknatullah dan sumpahnya,maka Rasulullah S.A.W berasa sukacita dan merasakan inilah peluang keemasan untuk baginda menyiasat segala perbuatan Iblis Laknatullah dengan disaksikan oleh sekalian sahabat yang hadir di majlis berkenaan.Ianya juga akan menjadi senjata atau perisai kepada sekalian umat hingga kemudian hari.
Rasulullah SAW mula bertanya: “Wahai Iblis!Siapakah yang sebesar-besar seteru engkau dan apakah pandanganmu terhadap aku ini?”.Jawab Iblis Laknatullah: “Ya Nabi Allah! Dikaulah musuh aku yang paling besar daripada segala seteru ku dimuka bumi ini”.Maka Rasulullah S.A.W merenung wajah Iblis Laknatullah menyebabkan Iblis Laknatullah menggelentar segenap tubuh badan serta anggotanya disebabkan terlalu gerun akan kebesaran Baginda S.A.W.
Jawab Iblis Laknatullah: “Ya Nabi Allah!aku mampu menyamar sebagai sesiapa jua termasuk haiwan bersekali dengan suaranya dengan tepat.Aku ditegah Tuhan Azza Wajalla untuk menyamar sebagai dirimu kerana jika aku melakukan yang demikian,nescaya terbakarlah aku menjadi abu.Aku bersungguh-sunguh merentap i’ktikad anak Adam supaya mereka menjadi kafir kerana kau bersungguh-sungguh menasihatkan mereka dengan memberikan pedoman kepada seluruh manusia supaya berpegang teguh kepada Islam. Begitulah juga kesungguhan aku menarik mereka kepada kafir,murtad dan munafik.Aku tarik sekelian umat Islam supaya meninggalkan jalan yang lurus dan beralih kepada jalan yang sesat. Aku berharap mereka akan masuk ke neraka bersama-sama denganku serta kekal didalamnya buat selama-lamanya”.
Rasulullah SAW bertanya: “Hai Iblis! Bagaimanakah perbuatanmu kepada makhluk Allah S.W.T?”.
Jawab Iblis Laknatullah: “Ya Nabi Allah!Aku goda perempuan-perempuan supaya merenggangkan kedua pahanya kepada lelaki yang bukan suaminya dan sesetengahnya aku goda sehingga menghasilkan benih yang bersalah-salahan sifatnya.Aku goda segala manusia supaya meninggalkan solat dan leka dengan makan minum dan berbuat kemungkaran. Sesetengahnya aku lalaikan dengan harta bendanya daripada emas, perak,rumah dan ladang,dan hasilnya dibelanjakan ke atas segala pekerjaan yang haram.Telah banyak kaum lelaki dan perempuan terpesong imannya menerusi tentera Jin,Iblis dan Syaitan yang aku perintahkan supaya menarik mereka ke jalan kemungkaran.
Kalau terdapat sesuatu pesta yang melibatkan pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan,maka aku akan menggoda bersungguh-sungguh supaya mereka kehilangan maruah, meminum arak dan mempengaruhi rakannya dengan cara paksaan supaya meminum arak sehingga hilang akal dan hilang rasa malu mereka.Lalu aku hulurkan tali percintaan yang asyik sehingga terbuka beberapa pintu maksiat yang besar supaya mereka berhasad-dengki sehingga mereka melakukan perzinaan.Apabila lelaki dan perempuan berkasih-kasihan,maka terpaksalah mereka mencari wang menerusi tipu daya serta mencuri.
Sekiranya mereka menyedari kesalahan masing-masing dan ingin bertaubat atau beramal-ibadat,aku akan halang mereka sehingga mereka bertangguh dan bertempoh dalam berbuat kebajikan.Aku juga akan menggoda dengan lebih kuat supaya melazimkan maksiat dan menyukai isteri orang.Maka telah ramai umat kau telah aku sesatkan dengan jalan ini dengan bantuan Jin,Syaitan dan Iblis di mana aku menyuruh mereka menghasut seluruh anggota manusia hingga ke dalam tubuh badannya.Apabila mereka digoda pada hati,maka mereka akan sentiasa riak dan takbur,ujub serta melengah-lengahkan amalnya dan berlaku sombong.Apabila mereka digoda pada lidah,maka sentiasalah mereka gemar berdusta, mencela dan mengumpat satu sama lain.Demikianlah aku menghasut mereka semasa siang,malam,pagi dan petang”.
Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Mengapakah engkau suka bersusah-payah dan berpenat-penatan untuk melakukan pekerjaan yang tidak memberikan sebarang faedah kepada dirimu bahkan menambahkan lagi laknat ke atas dirimu serta engkau akan ditimpakan sebesar-besar siksaan di dalam neraka yang paling bawah sekali?”.
Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis!Siapakah yang menghidupkan engkau?Siapakah yang menjadikan engkau?Siapakah yang melanjutkan usia engkau?Siapakah yang menerangkan mata engkau?Siapakah yang memberikan pendengaran telinga engkau? Siapakah yang memberikan kekuatan kepada anggota engkau?”.
Jawab Iblis Laknatullah: “Adalah sekaliannya itu adalah anugerah daripada Allah S.W.T Yang Maha Besar.Tetapi hawa nafsu dan takbur serta khianat telah menyebabkan aku melakukan sebesar-besar kejahatan.Tuan juga sedia maklum bahawa aku pernah menjadi ketua segala Malaikat sehingga ribuan tahun dan bersujud kepada Allah SWT semenjak di dunia ini lagi dan aku telah dinaikkan darjat menerusi satu langit ke satu langit dengan aman. Aku pun mendiami tempatku dengan beribadat bersama-sama Malaikat serta berkhidmat kepada Tuhan Azzawajalla dalam tempoh yang begitu lama. Tiba-tiba datang firman Allah SWT kepadaku sekeliannya mengenai dijadikanNya seorang khalifah di dalam dunia ini. Maka aku membantah kerana tidak suka berkhalifah.
Lantas Tuhan Azza Wajalla menjadikan seorang lelaki dan dititahkan aku dan sekalian Malaikat memberikan penghormatan kepada Adam kecuali aku seorang enggan bersujud dan aku telah mengingkari hukumNya. Maka aku dimurkai Tuhan Azza Wajalla serta dilaknatiNya aku sehingga hari Kiamat. Wajahku yang selama ini bercahaya dan cantik telah dihapuskan oleh wajah yang hodoh dan keji. Aku sakit hati dan begitu berdendam kepada Adam. Kemudian Adam diangkat oleh Tuhan Azza Wajalla menjadi raja di dalam syurga serta dikurniakan seorang isteri untuk dijadikan permaisuri yang memerintah segala bidadari. Sentiasalah mereka dalam kesukaan dan kesenangan. Hasad dengki ku menjadi-jadi kepada kedua mereka dan merancang untuk mengkhianati mereka. Akhirnya aku telah menipu Siti Hawa supaya meminta Adam memakan buah khuldi larangan Tuhan Azza Wajalla.
Maka kerana perempuan itulah, Adam termakan buah larangan berkenaan sehingga mereka dihalau dari syurga dan diturunkan ke dunia secara terpisah kedua suami isteri beberapa lama sehinggalah dipertemukan kembali oleh Allah SWT dengan selamatnya sehingga mereka mendapat beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kemudian kami hasut pula anak lelakinya yang bernama Qabil supaya membunuh abangnya Habil sehingga mati. Itupun aku masih tidak berpuas hati sehingga aku dapat melakukan pelbagai tipu-daya ke atas sekalian anak-cucunya sehinggalah ke hari Kiamat. Tetapi dikau telah menghalang pekerjaan ku dengan menarik mereka supaya memeluk Islam. Ada pun sebelum dikau diputerakan ke dalam dunia ini, aku bersama-sama bala tenteraku mampu naik ke langit dengan mudahnya mencuri rahsia dan tulisan-tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat dan mendapat pahala serta syurga.
Demikian juga bagi mereka yang beribadat malam akan mendapat setinggi-tinggi pahala. Apabila aku turun ke dunia, maka aku khabarkan kepada mereka itu dengan jalan yang sesat melalui pelbagai tipu daya sehingga mereka berpegang kepada kitab-kitab bida’ah dan karut. Tetapi apabila dikau lahir ke dunia ini, maka aku tidak diizikan Allah SWT untuk naik ke langit dan aku tiadalah lagi mendapat apa-apa rahsia umatmu. Ramai Malaikat yang menjaga di pintu tiap-tiap lapisan langit dan jika aku berdegil untuk naik ke langit, nescaya Malaikat akan melontar anak panah api yang bernyala-nyala. Telah ramai bala tenteraku daripada golongan Jin, Iblis dan Syaitan terkena lontaran Malaikat sehingga badan mereka terbakar menjadi abu. Aku dan bala tenteraku amat susah hati dalam usaha menjalankan hasutan ditambah pula dikau dapat menzahirkan mukjizat-mukjizat yang amat hebat di hadapan sekalian raja-raja dan di khalayak ramai”.
Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Apakah tipu helah terawal engkau ke atas manusia?”. Jawab Iblis Laknatullah: “Pertama, aku palingkan iman mereka sehingga terpesong iktikad mereka kepada kekafiran samada pada perkataan, perbuatan, kelakuan dan hati mereka. Namun jika mereka gagal aku pesongkan, aku akan berusaha menarik mereka kepada jalan yang mengurangkan pahala supaya lama-kelamaan, mereka akan terjerumus juga mengikut kemahuanku”.
Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Apabila umatku mendirikan solat, bagaimanakah keadaan engkau?”. Jawab Iblis Laknatullah: “Itulah sebesar-besar kesusahan kepadaku. Gementarlah seluruh badanku dan lemahlah tulang sendiku, maka pada waktu itu, aku menyuruh puluhan Syaitan Iblis menggoda setiap orang yang hendak bersolat menerusi anggotanya supaya malas bersolat dan hatinya supaya was-was dalam solatnya serta terlupa bilangan rakaatnya. Mereka juga akan bimbangkan pekerjaan dunia dan hatinya hendak cepat-cepat menamatkan solatnya. Sesetengah Iblis masuk ke dalam mata orang yang hendak bersolat supaya ia tidak kusyuk dalam solatnya sehingga mereka berpaling atau menjeling ke kanan dan kiri semasa solat. (Maka) tidaklah tetap hatinya serta hilanglah kusyuknya. Sesetengah Iblis memasuki telinga orang yang bersolat supaya memasang telinga mendengar perbualan orang, bunyi-bunyian dan sebagainya, yang sia-sia belaka.
Sesetengahnya Iblis duduk pada belakangnya supaya orang yang bersolat itu tidak berupaya lama-lama semasa bersujud atau bertahiyyat. Didalam hatinya sering berkehendakkan agar solatnya segera tamat dan ini tentunya akan mengurangkan pahala solat. Jika sekalian Iblis berkenaan gagal menggoda seperti yang demikian, nescaya mereka akan aku hukum seberat-beratnya”.
Rasulullah SAW bertanya lagi: “Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah SWT, apakah yang engkau rasa?”.Jawab Iblis Laknatullah: “Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah SWT, maka terbakarlah tubuhku serta putus-putus segala uratku,maka larilah aku dari mereka”.
Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah SWT, apakah yang engkau rasa?”.Jawab Iblis Laknatullah: “Telah binasalah diriku dan gugurlah tulangku kerana mereka telah menyempurnakan rukunnya”.
Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Jika umatku berpuasa kerana Allah SWT, apakah yang engkau rasa?”.Jawab Iblis Laknatullah: “Ya Nabi Allah! Inilah suatu bencana yang besar bahayanya terhadapku kerana apabila masuk malam awal Ramadhan, maka memancarlah Nur Arasy dan Kursi serta segala Malaikat menyambut dengan gembiranya. Bagi orang-orang yang berpuasa mendapat sebesar-besarnya anugerah Allah SWT yang Maha Pengampun segala dosa yang telah lalu serta digantikan pula dengan pahala yang amat besar serta tiada ditulis segala kesalahannya selama ia berpuasa. Tambahan pula yang menghancurkan hatiku ialah segala isi langit, bulan dan bintang serta Malaikat sehinggalah burung-burung dan ikan-ikan laut dan air tawar juga tiap-tiap yang bernyawa atas muka bumi mendoakan siang dan malam memohon ampun bagi orang-orang yang berpuasa.
Satu lagi setinggi-tinggi kemuliaan orang yang berpuasa ialah Tuhan menjadikan 1000 kemerdekaan dari azab neraka pada setiap hari dalam Bulan Ramadhan, segala pintu neraka ditutup, segala pintu syurga dibuka, angin/bayu syirah yang amat lembut berhembusan ke dalam syurga. Maka pada hari mulanya umatmu berpuasa, datanglah segala bala tentera Malaikat yang garang tanpa mengira lawannya menangkap aku dengan perintah Tuhan serta ditangkapnya segala bala tenteraku iaitu Jin, Syaitan dan Ifrit serta dipasung kaki tangannya dengan besi panas dan dirantainya kami sekaliannya serta dibenamkan ke dalam bumi yang amat dalam dan ditambah pula dengan beberapa azab sengsara sehingga selesai ibadat puasamu, baharulah aku dilepaskan supaya aku tidak boleh mengganggu mereka. Dan umatmu sendiri telah merasa kesenangan dalam menjalani ibadat puasa sebagaimana mereka bekerja untuk bersahur di waktu tengah malam seorang diri sekalipun tanpa sedikit perlu merasa takut seperti malam-malam yang lain”.
Rasulullah SAW bertanya lagi: ” Hai Iblis! Bagaimanakah halnya para sahabatku kepada engkau?”.
Jawab Iblis Laknatullah: “Ya Nabi Allah, adalah sekelian para sahabatmu adalah sebesar-besar seteru kepadaku, kerana tiada upaya aku melawan mereka dan tidak ada satu tipu dayaku dapat memasuki mereka,kerana dikau pernah berkata sekelian para sahabatku adalah umpama bintang di langit, jika kamu mengikuti mereka nescaya kamu akan mendapat petunjuk.Ya Nabi Allah,sekelian para sahabatmu sangat taat mengerjakan perintahmu lagi setia serta bersungguh-sungguh menyiar dan menghebahkan syariatmu kepada sekelian manusia menerusi Al-Quran dan Al-Hadis. Ada pun Sayyidina Abu Bakar As Siddiq bin Abi Qahafah itu semasa sebelum beliau bersamamu pun,aku gagal menghampirinya apalagi sekarang beliau telah mendampingimu. Baliau amat kuat bersaksi di atas kebenaran dikau sehingga beliau telah menjadi wazirul ‘azam dan dikau telah berkata bahawa kiranya ditimbang kebajikan Abu Bakar dengan amal kebajikan sekelian isi dunia ini,nescaya lebih beratlah kebajikan Abu Bakar.
Tambahan pula, beliau telah menjadi bapa mertuamu dengan mengahwinkan puterinya Sayyidatina Aishah yang sangat hafiz hadis-hadismu.Ada pun sahabatmu,Sayyidina Umar Al-Khatab,aku tidak berani memandang wajahnya kerana beliau sangat tegas dalam menjalankan hukum syariatmu.Jika aku terpandang wajahnya,maka gementarlah segala sendiku kerana tersangat takut kepadanya kerana imannya yang sangat kuat apalagi dikau pernah bersabda,jikalau ada lagi nabi selepas aku,nescaya Umar boleh menggantikanmu kerana harapan besar dikau keatasnya. Beliau juga mampu membezakan iman dan kafir sehingga beliau mendapat gelaran Umar Al-Faruk.
Ada pun sahabatmu,Sayyidina Osman Al-Affan itu lebih-lebih lagi tidak dapat aku hampiri kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al-Quran, siang, malam, pagi dan petang. Dialah penghulu segala orang yang sabar dan penghulu segala syuhada’ dan menjadi menantumu sebanyak 2 kali. Kerana ketaatannya, beliau dikunjungi oleh para Malaikat dengan penuh hormat kerana sangat malunya Malaikat kepada beliau. Dikau telah berkata, barangsiapa menulis BismillahirRahmannirRahim pada kitab-kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala baginya seperti pahala syahid Sayyidina Osman. Ada pun sahabatmu, Sayyidina Ali bin Abu Talib, aku sangat takut kepadanya kerana kehebatan kelakuannya serta kedahsyatan melihat keperkasaannya di medan peperangan merempuh segala musuhnya. Maka apabila Iblis, Syaitan dan Jin memandang wajah Sayyidina Ali, nescaya terbakar kedua biji mata mereka kerana beliau sangat kuat mengerjakan perintah Tuhan serta adalah julung-julungnya kanak-kanak yang memeluk Islam serta enggan menundukkan kepala kepada sebarang berhala, sebab itulah beliau digelar Ali Karamullahu Wajhah dan Harimau Allah.Dikau pernah bersabda, akulah negeri segala ilmu dan Ali adalah pintunya. Tambahan pula, beliau telah menjadi menantu dikau, maka terlebihlah ngeri aku kepadanya”.
Rasulullah SAW bertanya lagi: “Bagaimanakah tipudaya engkau terhadap umatku?”.
Jawab Iblis Laknatullah: “Adalah umatmu ada tiga golongan (1) Seperti air hujan turun dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan lagi banyak manfaatnya dan pertolongan kepada lainnya iaitu guru-guru yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah SWT dan menjauhi segala tegahanNya dan kata (Malaikat) Jibril, Adapun ulama itu pelita dunia dan pelita akhirat.
(2) Umatmu itu seperti tanah iaitu orang (yang) sabar, bersyukur dan redha akan kurnia Tuhan kepadanya serta beramal soleh dan bertawakkal kepada Allah SWT dan banyak berbuat kebajikan, dan
(3) Umatmu itu keadaannya seperti Firaun yang terlampau tamak dengan harta dunia (dan) dihilangkan amal (perbuatan) akhirat. Maka (dengan) sukacitanya aku kepada mereka (umat ke 3) lalu aku masuk ke dalam tubuh mereka, aku putarkan hati mereka menuju ke lautan derhaka. Apabila telah kekal atas jalan kejahatan, aku tarik ke mana (sahaja) sesuka hatiku, jadi sentiasalah mereka bimbangkan dunia dan tidak suka menuntut ilmu, dijadikan dirinya tiada kelapangan untuk beramal, tidak mengeluarkan zakat hartanya dan sesetengah (golongan) yang miskin (yang) hendak beribadat, aku goda mereka (supaya) meminta kekayaan terlebih dahulu, maka apabila disampaikan Tuhan akan hajatnya untuk mendapatkan kesenangan, maka (aku) lupakan mereka dari beramal, tidak tahu mengeluarkan zakat harta mereka ibarat Qarun dengan mahligainya dan diri mereka serta harta benda mereka habis terbenam ke dalam bumi kerana mereka tidak mahu membelanjakan (harta mereka) pada jalan-jalan kebajikan dan jika terkena kesakitan, mereka tidak sabar, mereka sentiasa bimbangkan harta mereka dan sesetengah dari mereka yang kaya asyik dengan golongan miskin. Mereka gemar mengeluarkan harta mereka kepada jalan-jalan maksiat dan menaburkan harta mereka kepada perempuan-perempuan jahat dan tempat-tempat judi dan (majlis) tarian”.
Rasulullah SAW bertanya lagi: “Siapa pula yang saman (tarafnya) seperti engkau?”.
Jawab Iblis Laknatullah: “Orang-orang yang meringankan syariatmu dan membenci orang-orang yang mempelajari Islam”.
Rasulullah SAW bertanya lagi: “Siapakah pula yang memberikan cahaya pada muka engkau?”.
Jawab Iblis Laknatullah: Orang-orang yang berdosa dan bersumpah bohong dan (menjadi) saksi pembohong serta memungkiri janji”.
Rasulullah SAW bertanya lagi: “Apa pula rahsia engkau terhadap umatku?”.
Jawab Iblis Laknatullah: “Jika seseorang muslim ingin membuang air besar (ke tandas), jika tidak membaca doa kepada Allah SWT untuk mohon perlindungan daripada syaitan, nescaya aku lumurkan najis itu ke tubuhnya tanpa disedari”.
(Inilah doanya sebelum sampai ke tandas – “Bismillahi Allahomma Inni A’uudzubikaminal Khubhusi Wal Khobais”, Jika masuk ke tandas, dulukanlah dengan kaki kiri dan jika keluar dahulukan dengan kaki kanan dan apabila jauh empat-lima langkah daripada tandas, dibaca di dalam hati “GhufraanakalhamdullillaaHilladzii Azhaba ‘Annil Azza Wa’afaani” dan apabila selesai bersuci dibacakan doa “AllahHumma Tohhir Qalbii Minnan Nifaqi Wahassinni Farjii Minal Fawaa Hisyi”) Maka jika dibacakan doa-doa tersebut, larilah aku daripadanya.
Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Jika umatku berjimak dengan isterinya, bagaimanakah keadaan engkau?”.
Jawab Iblis Laknatullah: “Jika seseorang hendak berjimak dengan isterinya, (dan) jika dia membaca “A’uudzubillaa Himinassyaitaanirrajim, Allahumma Jannibnaa Minassyaitaani Wajannibissyaitaan Maa Razaqtana” maka larilah aku daripadanya. Maka jika dia tidak membacakan doa tersebut, (maka) akulah yang terlebih dahulu berjimak dengan isterinya dan jika menjadi anak (hasil pergaulannya), maka anak itu menggemari pekerjaan maksiat serta malas berbuat (baik) atas jalan kebajikan dengan sebab kelalaian ibubapanya. Demikian juga jika mereka makan atau minum dengan tidak membaca “Bismillahhirrahmaanirrahim” maka akulah yang terlebih dahulu makan dan minum sebelum mereka, maka walaupun mereka makan, tetapi mereka tidak kenyang”.
Rasulullah SAW bertanya lagi: “Dengan jalan manakah yang dapat menolak tipu dayamu?”.
Jawab Iblis Laknatullah: “Jika seseorang berbuat dosa, maka ia segera sedar dan bertaubat kepada Allah SWT dan menangis serta menyesal di atas perbuatannya serta apabila dia marah, dengan segera dia berwudhuk, nescaya padamlah kemarahannya. Barangsiapa yang membaca doa ini setiap kali solat Jumaat sebanyak 5 kali, maka dosanya akan diampunkan Allah SWT kerana dia telah bertaubat. Inilah doanya “Ilaahiilastulil Firdausi Ahlan, Walla Aqwaa ‘Alanaaril Jahiimi, Fahablii TaubatanWaghfir Dzunuubi, Fainnaka Ghaafiruzzanbil ‘Azimmii”.
Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Siapakah yang benar-benar menjadi kegemaranmu?”.
Jawab Iblis Laknatullah: ” Apabila lelaki dan perempuan tidak mencukur atau mencabut atau menggunting bulu ari-arinya selama 40 hari, maka aku akan tinggal mengecilkan diri seperti pepijat bersarang di situ, begitu juga (menjadi) tempatku bergantung dan berbuai pada bulu ketiak orang yang tidak mencukurnya atau mencabuatnya”.
Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Siapakah saudaramu?”.
Jawab Iblis Laknatullah: “Orang yang tidur meniarap atau tidur (nyenyak) di waktu subuh, maka dia masih tidur dan tidak segera solat subuh, maka aku akan mengulitnya sehingga dia lena sehingga terbit matahari dan begitu juga pada waktu zohor, asar dan maghrib, aku (akan) beratkan hatinya (sehingga) menjadi malas mengerjakan solat”.
(Apabila hendak tidur, bacalah “BismillaahirRahmanNirrahim” sebanyak 21 X)
Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Dengan jalan manakah yang boleh membinasakanmu?”.
Jawab Iblis Laknatullah: “Orang yang banyak menyebut nama Allah SWT dan banyak memberikan sedekah dengan tidak diketahui orang, memperbanyakkan taubat, memperbanyakkan tadarrus Al-Quran serta solat di waktu malam”.
Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Apakah pula yang memecahkan penglihatan engkau?”.
Jawab Iblis Laknatullah: “Orang yang banyak beriktikaf di masjid kerana Allah SWT”.
Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis, Apa pula yang merantai engkau?”.
Jawab Iblis Laknatullah: “Penjual (peniaga) yang betul timbangan (dan) sukatannya, ukuran dan tukarannya”.
Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Apabila umatku memberi salam antara satu dengan yang lain, bagaimanakah keadaanmu?”.
Jawab Iblis Laknatullah: “Apabila dua orang (muslim) bertemu di tengah jalan, lantas memberikan salam dan dijawab oleh saudaranya, maka terasa seperti pecah dadaku, maka aku pun meratap kerana kedua-duanya telah diampunkan apabila berpisah keduanya”.
Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Siapakah pula sahabat karibmu?”.
Jawab Iblis Laknatullah: “Orang yang minum arak atau tuak (samsu) atau (ketagih) candu atau ganja (termasuk penyalahgunaan dadah) kerana kemerbahayaannya telah nyata menyebabkan perpecahan, perkelahian dan perceraian”.
Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Siapakah pula yang bersekutu dan sekedudukan dengan engkau?”.
Jawab Iblis Laknatullah: “Apabila bertemu lelaki dengan perempuan-perempuan muda, maka aku duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, aku hiaskan wajahnya (perempuan) dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati serta apabila terpandang belakang (perempuan), maka terpandanglah lehernya (perempuan) yang halus dengan pinggang dan punggungnya melenggang yang membangkitkan nafsunya (lelaki) serta manakala terpandang hadapannya (perempuan, aku hiaskan dadanya (perempuan) supaya bergetaran serta aku panah tepat pada jantung hati keduanya (lelaki dan perempuan) atau salah satu daripadanya sehingga tergerak syahwatnya. Orang yang tiada memelihara hatinya, nescaya tidak terpelihara farajnya dan apabila tidak memelihara farajnya, maka tidak terpeliharalah imannya”.
Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Di manakah kediamanmu?”.
Jawab Iblis Laknatullah: “Pada rumah berhala dan pada mana-mana batu, kayu, tembaga dan sebagainya (bahan pujaan). Apabila mereka menyembah (berhala, batu, kayu, tembaga dan sebagainya), maka aku cenderungankan hati mereka supaya bertambah-tambah keyakinannya terhadap pekerjaan mereka (menyembah berhala) yang syirik itu. Betapa ramainya umat tuan hamba telah aku pesongkan sehingga memasuki rumah berhala Majusi dan Hindu yang menunjukkan betapa nipisnya iman mereka”.
Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis Dimanakah tempat perhimpunanmu?”.
Jawab Iblis Laknatullah: “Pada rumah wayang dan tempat majlis tarian dan seumpamanya seperti tempat percampuran lelaki dan perempuan (secara bebas)”.
Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Aku lihat engkau mengintai-ngintai masjid, apakah yang hendak engkau lakukan?”.
Jawab Iblis Laknatullah: “Aku hendak mengganggu orang yang sedang bersolat di situ”.
Rasulullah SAW bertanya lagi: “Kenapa engkau tidak takutkan orang yang sedang bersolat dan bermunajat dengan Tuhannya? Sebaliknya engkau takut pula dengan orang yang sedang tidur di sebelahnya padahal orang (yang sedang tidur) itu (mungkin) dalam keadaan lalai”.
Jawab Iblis Laknatullah: “Adapun orang yang sedang solat itu amatlah jahil sekali, (maka) mudahlah untuk aku merosakkan (melalaikan) solatnya, tetapi orang yang sedang tidur itu (sebenarnya) alim. Maka apabila aku menggoda dan cuba merosakkan solatnya, aku takut kalau-kalau orang alim itu bangun dari tidurnya lalu menegur serta memperbetulkan solat si jahil itu”.
Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Apakah kata-kata pujian bagimu?”.
Jawab Iblis Laknatullah: “Suara orang yang bernyanyi dan berpantun-seloka serta suara bunyi-bunyian kecuali orang yang bernyanyi, berpantun, bernazam memuji Tuhan, bernasyid serta bersalawat di atas nabi”.
Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Siapakah yang sekaum denganmu?”.
Jawab Iblis Laknatullah: “Orang yang menipu harta orang dan memakan harta anak yatim serta memakan riba’ “.
Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Sebab apakah engkau gelapkan hati manusia?”.
Jawab Iblis Laknatullah: “Mereka yang makan dan minum dengan (punca) mata pencarian yang haram kerana mereka buta dalam mencari harta yang halal serta mereka banyak tidur sehingga matahari tinggi dan meninggalkan solat subuh serta memenuhi perutnya dengan kenyang sekali”.
Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Siapakah yang menggembirakan hati engkau?”.
Jawab Iblis Laknatullah: “Orang kaya yang bakhil dan orang yang tidak mengeluarkan zakat untuk hamba Allah yang dha’if, malah zakatnya dihantar kepada orang lain padahal kaumnya miskin, kerana orang yang bakhil itu seteru Allah SWT serta orang yang tidak mengeluarkan zakat itu akan masuk ke dalam neraka yang paling bawah bersama-sama denganku”.
Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Siapakah yang menyuburkan badan engkau?”.
Jawab Iblis Laknatullah: “Orang yang berhasad dengki dan orang yang tidak mempelajari hukum Islam serta semua perempuan yang jahat dan perempuan yang merosakkan dirinya serta perempuan yang menjual maruahnya”.
Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Jika seorang ulama; meninggal dunia, bagaimanakah keadaanmu?”.
Jawab Iblis Laknatullah: “Telah subur dan bertunaslah hasutanku dan pekerjaanku”.
(Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Barangsiapa yang berdukacita di atas kematian seorang ulama’, maka dituliskan Allah SWT pahala baginya seribu ulama’ dan seribu syuhada’, Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud “Akan datang atas umatku yang melarikan diri dari ulama’ atau mereka yang membenci golongan yang mengajar agama, maka diberitahu Allah SWT, 3 jenis bala ke atas mereka (yang membenci atau melarikan diri dari ulama’ dan seumpamanya) (1) Dihilangkan keberkatan dalam pencariannya (rezeki) (2) Didatangkan Allah SWT ke atas mereka seorang ketua yang zalim atau raja yang zalim, dan (3) Dikeluarkan (dimatikan) mereka daripada dunia dengan tidak beriman (Na’udzubillahHimin Dzaalik), kita berlindung dengan nama Allah SWT.
Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Jika Umatku bersolat jemaah, bagaimanakah keadaanmua?”.
Jawab Iblis Laknatullah: “Sesungguhnya segala simpulan (tali pengikat) tipudayaku telah mereka leraikan”.
(Maka sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Barangsiapa solat 5 waktu, maka dia akan mendapat 5 perkara (1) Tidak akan terkena pada dirinya kefakiran (kemiskinan), (2) Diangkatkan darinya siksa kubur oleh Allah SWT, (3) Dianugerahi orang itu dengan kitab tulisannya (perbuatan di dunia) pada sebelah kanan (pihak yang selamat), (4) Melalui titian (Siraatal Mustaqim) di atas neraka sepantas kilat, (5) Dimasukkannya Allah SWT ke dalam syurga tanpa sebarang hisab dan tanpa sebarang siksaan. Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud Solat lelaki berjemaah lebih baik daripada solat 40 tahun di rumahnya seorang diri dan solat berjemaah itu mendapat 27 darjat – serta solat berjemaah bersama anak dan isterinya akan mendapat pahala haji dan umrah).
Rasulullah SAW bertanya lagi: Hai Iblis! Jika umatku bersalawat ke atasku, bagaimanakah keadaanmu?”.
Jawab Iblis Laknatullah: “Mereka telah membelah mukaku disebabkan ingatan kuat terhadap tuan hamba”.
(Maka sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barangsiapa berselawat ke atasku, maka para Malaikat akan memohon diampunkan (segala dosanya) dan dia adalah sebahagian daripada isi syurga”.)
Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Jika umatku bersolat Hari Raya di Masjid, bagaimanakah keadaanmu? Kerana Tuhanku yang Maha Besar telah berfirman: “Hai sekelian Malaikat! Saksikanlah olehmu bahawa sesungguhnya telah Aku ampunkan sekelian dosa umat Muhammad, lelaki dan perempuan”. Maka apabila selesai dari solat dan khutbah dibacakan, maka Firman Allah SWT: “Hai umat Muhammad! Pulanglah kamu ke rumah masing-masing, sesungguhnya Aku telah mengampunkan dosa kamu yang terdahulu dan yang kemudian dan Aku telah gantikan dosamu itu dengan kebajikan”.
Jawab Iblis Laknatullah: “Ya Rasulullah! Apabila umat tuan hamba pergi (untuk) bersolat Hari Raya, maka aku sangat berdukacita dan kesal. Maka aku pun menjerit sehingga datang sekelian bala tenteraku dan (mereka) bertanya hai raja kami! Siapakah yang engkau marah? Adakah ianya (puncanya) dari langit atau dari bumi? Perintahkanlah kami sekelian pergi membinasakan barang di langit dan di bumi. Maka aku menjawab: Hai bala tenteraku! Apa yang menyebabkan aku berdukacita ialah kerana Allah SWT telah mengampuni umat Muhammad pada Hari Raya ini. Wahai sekelian bala tenteraku! Tidakkah kamu mengetahui bahawa Allah SWT telah memberkati puasa umat Muhammad? Dan Tuhan amat mengasihani mereka dengan penuh Rahmat serta diperkenankan segala doa mereka dan diampunkan segala kesalahan mereka? Wahai tenteraku! Hendaklah kamu goda mereka itu supaya malas beramal ibadat dan resah dengan berjalan ke sana ke mari serta asyik berjudi serta bersukaria memuaskan nafsu dengan mengerjakan maksiat supaya datang kemurkaan Tuhan ke atas mereka itu dan ditimpakan bala’ ke atas mereka kerana dengan demikian, akan membawa kesenangan di dalam hatiku. Maka, berangkatlah sekelian bala tentera Iblis, Syaitan untuk mengganggu umat Muhammad”.
Rasulullah SAW bertanya lagi: “Jika umatku membaca doa akhir tahun (Hijrah), bagaimanakah keadaanmu?”.
Jawab Iblis Laknatullah: “Telah bersusah-payah aku menggoda mereka sepanjang tahun, tiba-tiba mereka membaca doa (yang hanya) mengambil masa yang sedikit, maka lemahlah aku lalu aku menyapu dengan tanah (dan berkata), aduhai celaka, betapa malang dan celaka diriku dengan kerugian, maka aku pun berpaling (dan) pergi”.
Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Jika umatku membaca doa awal tahun, bagaimanakah keadaanmu?”.
Jawab Iblis Laknatullah: “Ya Nabi Allah! Putuslah harapanku, kerana barangsiapa membaca doa awal tahun, (maka) Tuhan memerintahkan dua Malaikat supaya membakar buku kesalahan hambanya dan dituliskan kebajikan di dalam (buku kebajikan) disebabkan orang yang membaca doa ini”.
Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Siapakah yang menyokong engkau?”.
Jawab Iblis Laknatullah: “Orang yang tidak bertaubat atas dosanya dan suka ketawa ketika berbuat dosa berkenaan. Ya Nabi Allah! Telah aku binasakan ramai manusia dengan (menggoda manusia) mengerjakan dosa daripada berbagai-bagai (jenis) maksiat, maka aku gembira. Tiba-tiba mereka mengucapkan kalimah Laa Ilaa Ha IllAllah dan istighfar, maka binasalah aku, kerana pada masa aku dibuang ke dunia (dulu), aku mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur Iblis Syaitan, tetapi orang yang azan itu adalah penghalau Iblis Syaitan, kerana para Malaikat akan hadir bersolat bersama-sama dengan mereka”.
Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Sekarang apalah kesudahan ikhtiar engkau di atas umatku, kerana aku telah dibangkitkan oleh Tuhan ke dunia ini bagi menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kufur kepada Iman, daripada gelap gelita kepada terang benderang?!”.
Maka Iblis pun mengangkat kepalanya ke hadhrat Tuhan dan berkata: “Yaa Rabbi! Demi kemuliaan Engkau, sentiasalah aku akan berusaha dengan bersungguh-sungguh pada menarik sekelian anak Adam kepada berbagai-bagai jalan maksiat selama ada nyawa di tubuh mereka, aku jadikan pemuda dan wanita bercampur dan berkenalan, supaya aku dapat mencelah di dalamnya”.
(Maka) Datanglah Firman Allah SWT: “Hai Mala’un!, Demi Kebesaran dan KetinggianKu, bahawa Aku sentiasa bersedia untuk mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu memohon ampun kepadaku”.
Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Apa lagi yang engkau musykilkan?”.
Jawab Iblis Laknatullah: “Ya Rasulullah! Bahawasanya aku sangat ajaib (hairan) melihat dua macam hal sekelian hamba Allah SWT iaitu (1) Mereka itu mengaku kasihkan Tuhan, walhal mereka itu taatkan aku dan berbuat maksiat, (2) Mereka itu sangat marah kepada aku, tetapi mereka menurut hasutanku”.
(Maka) Datanglah Firman Allah SWT: “Hai Mala’un! Demi Kemuliaan dan KebesaranKu, Aku anugerahi umat Muhammad (dengan) 2 kebahagian: (1) Kasih mereka kepadaKu dijadikan kifarah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kerana tipudayamu, dan (2) Kemarahan mereka kepadamu Aku jadikan kifarah (penebus dosa) perbuatan maksiat mereka kepadaKu”.
Maka Iblis tercengang-cengang mendengar umat Muhammad yang sangat dikasihi Tuhan GhafuuruRahiim Yang Maha Mengampuni lagi Maha Mengasihani hambaNya dengan limpah rahmatNya.
Setelah selesai baginda Rasulullah SAW berdialog dengan Iblis Laknatullah, maka baginda SAW pun menghalau Iblis Laknatullah dengan sabdanya: “Wahai Laknatullah! Nyahlah engkau dari hadapanku ini”. Maka Iblis Laknatullah pun keluar dengan perasaan yang amat dukacita.
Maka hairanlah para sahabat RA yang hadir dalam majlis berkenaan mendengar tipudaya Iblis laknatullah yang menyelubungi seluruh umat manusia.
Sabda Nabi SAW: “Hai para sahabatku! Ketahuilah olehmu bahawa Iblis Laknatullah telah membuat kesalahan atas beberapa sebab: (1) Ia engkar dan membantah perintah Tuhan, (2) Ia takbur dan besar diri (3) Ia berhasad dengki dengan Nabi Adam AS, (4) Ia menghasut dan mengkhianati (manusia)(dari) seorang (yang lain) seperti yang telah ia ajarkan kepada Qabil dengan tipudaya sehingga berani Qabil melakukan pembunuhan ke atas saudaranya Habil yang disayangi oleh Nabi Allah Adam AS”.
Nabi SAW bersabda lagi: “Bahawa pada suatu hari, Iblis mengadap Musa bin Imran AS dan berkata: “Yaa Nabi Allah! Apabila tuan hamba bermunajat kepada Allah SWT di Bukit Tursina, aku hendak bertaubat kepada Allah SWT, adakah (taubat) aku diterimaNya?”.
Maka sukacitalah nabi Musa AS mendengarkan Iblis Laknatullah yang hendak bertaubat itu lalu baginda menyanggupi permintaan Iblis Laknatullah. Setelah tiba di Bukit Tursina, maka berdoalah baginda kepada Allah SWT memohon petunjuk. Maka datanglah firma Allah SWT: “Wahai Musa, kesalahan Iblis bolehKu ampunkan dengan syarat hendaklah ia (Iblis) bersujud pada kubur nabi Adam”. Maka nabi Musa AS pun menyampaikan firman Allah SWT kepada Iblis Laknatullah. Iblis Laknatullah mengeluh dan berkata: “Wahai Musa! Semasa Adam masih hidup pun aku tidak sudi bersujud kepadanya, inikan pula Adam sudah mati”. Maka Iblis Laknatullah pun beredar.
Sabda Nabi SAW: “Bermula (tegaknya) tiang dunia ini dengan 4 perkara: (1) Dengan ilmu para ulama’, (2) Dengan adilnya sekelian raja-raja, (3) Dengan kemurahan (hati) orang-orang kaya, (4) Dengan doa sekelian fakir miskin”.
Maka sekiranya tidak ada ulama’, nescaya binasalah sekelian orang yang jahil dan sekiranya raja-raja tidak adil, nescaya (segolongan) manusia (ibarat) memakan (segolongan) manusia yang lain sebagaimana harimau menghambat dan memakan kambing. Sekiranya (pula) tidak ada kemurahan (hati) orang-orang kaya, nescaya binasalah sekelian fakir miskin dan sekiranya tidak ada doa fakir miskin, nescaya runtuhlah langit dan bumi.
Posted by tok wan
CERITA 7
WANITA ITU RUMPUT SEMALU
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan
sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah
ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya
sepohon tumbuhan yang kecil
Posted by
Dunia
macam-macam
CERITA 6
KERANA
SAHABAT, AHLI SYURGA ENGGAN MASUK SYURGA
Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti Allah memerintahkan dua orang hamba hadir mengadapNya. Seorang adalah hamba yang taat kepada perintah Allah dan seorang lagi hamba yang derhaka kepada Allah. Kedua-duanya mati dalam keadaan beriman. Lalu Allah menyuruh malaikat Ridhwan membawa orang yang taat itu ke syurga dan memuliakannya dengan firman Allah, “Aku merelakan dia”.
Kemudian Allah memerintahkan kepada malaikat Zabaniyah membawa yang seorang lagi ke neraka dan Allah memerintahkannya disiksa dengan siksaan yang amat pedih. Firman Allah, “Sesungguhnya orang ini adalah peminum arak”.
Orang yang taat kepada Allah sangat gembira kerana dia telah dapat masuk ke syurga dengan rahmat Allah. Apabila orang itu hendak menjejakkan kakinya ke pintu syurga maka dia mendengar suara sahabatnya yang diheret ke neraka itu berkata, “Wahai sahabatku, wahai temanku, kasihanilah aku dan berikanlah aku pertolongan”.
Apabila orang itu mendengar rayuan sahabatnya, maka dia tidak mahu masuk ke dalam syurga. Malaikat Ridhwan berkata kepadanya, “Masuklah ke syurga dengan rahmat Allah”. Orang itu berkata, “Aku tak mahu masuk ke syurga, bawalah aku ke neraka”. Malaikat Ridhwan menjawab, “Aku tak dapat membawa kamu ke neraka sebab Allah telah memerintahkan aku membawa kamu ke syurga dan melayani kamu”.
Orang itu tetap berdegil dan berkata, “Aku tak mahu masuk ke syurga dan tak mahu juga layananmu”. Setelah itu kedengaran suara yang berkata, “Wahai Ridhwan, Aku Maha Mengetahui apa-apa yang ada di dalam hatinya, namun demikian tanyalah kepadanya sendiri dan kamu akan mengetahui sebabnya”. Lalu malaikat Ridhwan bertanya, “Kenapakah kamu tidak mahu masuk ke syurga dan mengapakah kamu ingin ke neraka”?
Orang itu menjawab, “Aku tak mahu ke syurga sebab orang yang derhaka kepada Allah itu telah diputuskan masuk ke neraka. Dahulunya aku dan dia bersahabat baik di dunia dan dia telah meminta pertolongan dariku supaya selamatkannya dari api neraka. Oleh kerana aku tiada kuasa untuk berbuat demikian, maka aku fikir lebih baik aku juga masuk ke neraka supaya sama-sama disiksa di dalamnya”.
Kemudian kedengaran seruan Allah yang maha memberi rahmat berfirman, “Wahai hambaKu, kamu dengan kelemahanmu tidak suka melihat sahabatmu itu masuk ke neraka kerana dia telah berkenalan denganmu di dunia hanya sebentar dan dia mengetahuimu dan menemanimu hanya beberapa hari saja. Maka bagaimanakah Aku merelakan kamu masuk ke neraka sedangkan kamu telah mengetahui Aku selama umurmu dan telah menjadikan Aku sebagai tuhanmu selama 70 tahun. Oleh itu pergilah kamu ke dalam syurga bersama sahabatmu itu dan Aku telah mengampuninya dan Aku serahkan dia kepada kamu”.
Posted by tok wan
CERITA 5
DOA SEORANG IBU MISKIN
Semasa kerajaan Bani Umaiyah
berkuasa di bawah pemerintahan Khalifah Mu'awiyah bin Abu Sufyan, terdapat
seorang janda daripada keturunan Nabi Muhammad Sallallahu `alaihi wasallam. Dia
mempunyai tiga orang anak perempuan yang masih kecil dalam kedaaan hidupnya
sangat dhaif dan menyedihkan.
Pada suatu hari anak-anaknya menangis tidak berhenti-henti, kerana tidak tahan lagi menanggung kelaparan. Sudah puas ibunya memujuk menyuruh bersabar namun anak-anak itu terus menangis dengan kuatnya.
"Tunggulah sampai besok nak, nanti ibu akan pergi ke pejabat kadi bertemu tuan hakim meminta sesuatu daripada harta Baitulmal' mudah-mudahan dia menghulurkan sedikit bantuan untuk kita. " Ujar ibu itu berjanji mengharapkan anak-anaknya akan diam.
Maka pada keesokan harinya, pagi-pagi lagi ibu tadi beserta anak-anak itu datang ke pejabat tuan hakim. Setelah agak lama menunggu, barulah tuan hakim datang. Melihat ibu dan anak-anak kecil berada di hadapan pejabatnya, tuan hakim bertanya :
"Ada apa kamu sekalian menunggu di sini ?"
"Tuan Hakim ! Kami sudah lama tidak menjamah makanan. Saya sendiri boleh tahan, tapi anak-anak kecil ini tidak sanggup menahan lapar, jadi kami datanglah ke mari moga-moga Tuan dapat memberikan sedikit sedekah kepada kami." Kata ibu tadi mengharap belas kasihan daripada tuan hakim itu.
"Baiklah, hari ini kembalilah dulu ! Besok aku akan berikan kamu sesuatu," tegasnya.
Wajah ibu itu ceria sedikit bila mengetahui bantuan yang diharap-harapkan itu akan diterimanya esok. Tapi bila memikirkan keadaan anak-anaknya yang sedang kelaparan itu maka timbul di hatinya untuk merayu kepada tuan hakim itu supaya bantuan itu diberikan pada hari itu juga.
"Tuan Hakim ! Terima kasih banyak di atas pertimbangan Tuan yang baik itu, tapi alangkah baiknya kalau bantuan itu diberikan sekarang ini juga kerana anak-anakku sedang kelaparan." Ibu itu merayu.
"Sudahlah, bukankah aku sudah katakan besok saja, aku baru saja datang, takkan hendak menyelesaikan urusan kamu dahulu. "Sergah tuan hakim sambil minta si ibu itu keluar dari biliknya.
Ibu itu menarik tangan anaknya untuk pulang, namun anak yang tidak mengerti itu lebih kuat lagi tangisannya kerana dillihatnya tidak ada sesuatu yang diberikan oleh tuan hakim itu.
Tuan hakim tak bagi kita apa-apa ibu? "Tanya anaknya yang agak besar itu."
"Tuan hakim sibuk hari ini nak, besok dia akan berikan sesuatu kepada kita." Pujuk si ibu.
Pada malam itu dia terpaksa mencari jalan untuk mententeramkan anak-anaknya agar tidak terus menangis dan meyakinkan bahawa mereka pasti dapat bantuan daripada harta Baitulmal pada keesokan harinya. Namun anak-anak yang belum faham itu terus bertanya kenapa mesti kena tunggu besok kalau tuan hakim betul-betul mahu bantu. Bagaimanapun akhirnya mereka semua tertidur di dalam keadaan perut yang kosong.
Pada keesokan paginya , ibu itu pergi seorang diri ke pejabat tuan hakim sementara anak-anaknya ditinggalkannya di rumah.
"Assalamualaikum Tuan Hakim, " ibu itu memulakan bicaranya.
"Ah, pagi-pagi buta begini engkau sudah sampai ke mari, ada apa ? "Bentak tuan hakim pura-pura bertanya.
Bukankah Tuan Hakim suruh saya datang hari ini kerana bantuan yang Tuan janjikan iru ? Kata ibu itu.
"Bantuan yang aku janjikan ? Eh... aku tak pernah berjanji kepada sesiapa pun." Kata tuan hakim dengan nada sombong.
"Bukankah saya yang datang kelmarin dengan anak-anak dan Tuan hakim menyuruh...."
Belum sempat ibu itu menghabiskan bicaranya untuk mengingatkan tuan hakim tentang janjinya, tiba-tiba tuan hakim dengan nada keras dan suaranya yang tinggi memerintah pengawalnya.
"Hei pengawal ! Halau perempuan ini dari sini."
"Wahai Tuan hakim! kenapakah tuan bersikap zalim begini ?" Kata ibu dengan marah.
"Ah.... pergi saja dari sini, jangan bising-bising, buang masa saja." Perintah Tuan hakim.
Dengan penuh perasaan malu, ibu itu keluar dari pejabat tuan hakim sambil menahan tangisannya. Dia tidak mahu menunjukkan dirinya rendah dan hina seperti seorang pengemis yang sudah tidak punya pendirian lagi. Dia tahu dirinya dari keturunan mulia, dari anak cucu Rasulullah Sallallahu `alaihi wasallam yang mesti menjaga harga diri.
Ibu itu cepat-cepat meninggalkan tempat itu dengan fikirannya yang berkecemuk memikirkan nasib malang yang menimpa dirinya.
"Apa yang akan aku katakan kepada anak-anakku yang sedang menunggu di rumah ? Aku katakan tuan hakim itu telah memungkiri janjinya ? Manalah anak-anak kecil itu tahu alasan-alasan seperti itu. " Bisik ibu itu di dalam hatinya.
Dia kemudian memesongkan kakinya ke haluan jalan di mana terdapat sederetan rumah-rumah buruk yang sudah tidak berpenghuni lagi dan duduk di salah satu anak tangga di situ. Dia terus menangis sekuat-kuat hatinya sambil mengeluh : "Wahai Tuhanku! Apa yang akan aku katakan kepada anak-anakku yang sedang menunggu? Aku tidak sanggup lagi melihat mereka menangis kerana kelaparan. Aku tidak dapat menipu mereka lagi dengan alasan-alasan yang tidak benar ! Tuhanku ! Berilah aku jalan keluar daripada kesempitan ini! Aku sendiri pun sudah tidak larat lagi menanggungnya, apatah lagi anak-anakku yang kecil yang belum tahu apa-apa pun!" Ibu itu mengadu kepada Allah.
Ibu itu terus menangis dan merintih mengenangkan kesempitan hidupnya yang selalu sangat di dalam kelaparan dan dipandang hina oleh masyarakat setempat.
Sedang dia menangis tiba-tiba lalu dihadapannya dua orang pemuda yang kebetulan tadi
sempat mendengar keluhan dan tangisannya, lalu menegur.
"Wahai ibu, jangan takut.... kenapa ibu menangis di sini ? "Tanya pemuda itu.
"Wahai orang muda, kamu siapa ? Dan kenapa kamu datang ke sini ? "Ujar ibu itu pula sambil mengesatkan airmata dengan tangannya.
"Nama saya Saiduq, berbangsa Nasrani dan beragama Masihi. Semua orang kenal saya di sini, dan ini pengawal saya. "Kata pemuda itu sambil menunjukkan pengawalnya.
"Saiduq, saudagar Nasrani yang kaya raya itu ke ? "Tanya ibu itu yang pernah mendengar cerita tentang kekayaan Saiduq sebelum ini.
Kenapa ibu menangis di sini ? "Tanya Saiduq tanpa menghiraukan pertanyaan ibu itu.
Tak ada apa-apa. "Jawab ibu itu cuba menyembunyikan.
"Tak ada apa-apa takkan menangis ? Cuba ceritakan ! "Desak Saiduq lagi.
Setelah didesak berkali-kali akhirnya ibu itu pun menceritakan nasibnya yang malang itu dan bagaimana dia hidup menderita kesusahan menanggung tiga orang anaknya yang masih kecil.
Diceritakan juga apa yang berlaku di antaranya dengan tuan hakim yang sombong itu.
"Saya faham, ibu jangan menangis lagi ! "kata Saiduq.
Kemudian Saiduq menyuruh perempuan itu kembali dulu ke rumah dan menunggu bantuan yang akan dikirimkan kepadanya lalu memanggil pengawalnya dan berkata :
"Pengawal ! Berikan perempuan itu seribu dinar (nilai yang sangat tinggi waktu itu). Kemudian belikan dia dan anak-anaknya pakaian dan segala keperluan rumahnya sekarang juga! "Perintah Saiduq.
Ibu itu terkejut melihat seorang Nasrani yang begitu murah hati terhadap orang yang susah dan menderita sepertinya. Dia tidak dapat mengatakan betapa terima kasihnya terhadap orang yang bertimbang rasa itu. Meskipun dia bukan seorang muslim, namun dia tetap seorang manusia yang mempunyai perasaan terhadap insan yang lain.
Orang suruhan Saiduq itu segera pergi ke pasar untuk membeli makanan, buah-buahan dan segala keperluan dapur yang diperlukan oleh sebuah rumah, di samping pakaian untuk ibu dan anak-anaknya. Kesemuanya disampaikannya pada hari itu juga.
Anak-anaknya bergembira melihat barang-barang yang belum pernah dilihatnya seumur hidup. Ibu itu juga turut gembira, dan mulai hari itu dia tidak menangis lagi. Dalam tangannya sudah ada serbu dinar yang cukup untuk menjamin hidupnya dua atau tiga tahun lagi.
"Sampaikan salam ku kepada Saiduq serta ucapan terima kasih banyak kepadanya", kata ibu itu kepada pengawal tersebut.
Kemudian ibu itu pun berdoa kepada Allah: "Ya Allah ! Ya Tuhanku ! Berikanlah si Saiduq itu taufiq dan hidayat untuk memeluk Islam, dan berikanlah dia daripada kenikmatanMu di syurga!"
Sementara itu pada suatu malam tuan hakim yang sombong itu telah bermimpi melihat seolah-olah dia sedang berada di Hari Kiamat. Manusia terlalu sibuk waktu itu, masing-masing mencari perlindungan mengikut amalan di dunia. Tuan hakim dibawa malaikat menuju ke syurga. Kemudian di dalam syurga itu dia dibawa masuk ke dalam sebuah gedung besar yang tinggi, indah permai penuh dengan ukiran mas merah, tingkapnya daripada mutiara putih yang berkilau-kilauan. Di suatu tingkap di situ berdiri sekumpulan bidadari yang bercahaya lebih terang daripada cahaya matahari, dan lebih menarik dan cantik daripada cahaya bulan.
Apabila tuan hakim tiba disitu, semua bidadari itu bertempik di mukanya: "Orang yang tidak tahu diuntung ! Orang yang dalam kerugian ! Dulu kami semua adalah kepunyaanmu, dan gedung ini pula adalah milikmu. Tetapi sekarang sudah bertukar, alangkah malangnya nasibmu. Semuanya ini, termasuk kami bidadari akan menjadi hak milik Saiduq, seorang berbangsa Nasrani itu. Sekarang pergi dari sini, kami bukan hak milik kamu lagi. Tempat yang layak bagi kamu adalah neraka." Kata suara tempikan yang sangat dahsyat.
Kemudian tuan hakim itu dibawa pula ke dalam neraka, dan ditunjukkan tempatnya di situ. Pada saat itulah tuan hakim itu tersedar daripada mimpinya. Dia terperanjat dan merasa takut sekali. Dia tidak dapat tidur pada malam itu sampai ke pagi memikirkan mimpinya yang menakutkan itu.
Pada keesokan paginya, tuan hakim bergegas ke rumah Saiduq. Saiduq berbangga kerana tuan hakim datang ke rumahnya.
Tuan Hakim masuk ke dalam rumahnya lalu bertanya: "Ada apa-apa tak kebaikan yang kau lakukan semalam? "Tanya tuan hakim.
"Saya memang suka membuat kebaikan," jawabnya. Kebaikan yang macam mana?
Tanya Saiduq kembali.
"Kebaikan apa saja, cuba terangkan!"
"Malam tadi saya menjamu kawan-kawan minum arak, dan saya minum lebih sedikit, maka saya mabuk, saya tidak ingat apa-apa." Saiduq memberitahu tuan hakim.
"Aku tidak mahu tahu dosa yang kau buat itu, yang aku maksudkan kebaikan apa yang kau buat untuk orang lain, cuba ingat," tuan hakim naik darah.
Setelah diingati betul-betul maka teringatlah Saiduq bahawa beberapa hari yang lalu dia telah menolong seorang perempuan dan anak-anaknya yang di dalam kesusahan dan kelaparan.
"Barangkali kebaikan yang aku lakukan terhadap seorang perempuan yang mempunyai tiga anak kecil jika tidak salah aku! "terang Saiduq.
"Ya...ya, itulah dia "pintas tuan hakim tidak sabar. "Apa yang kau berikan kepadanya ?"
"Apakah salah, jika aku berikan sesuatu kepadanya ? "Tanya Saiduq lagi.
"Bukan begitu, tetapi aku hendak tahu, apa yang kau berikan kepadanya, dan bagaimana kau boleh bertemu dengannya", kata tuan hakim lagi.
"Oh.... begitu ! Baiklah, mula-mula saya jumpa perempuan itu di deretan rumah-rumah yang roboh sambil menangis. Saya kasihan kepadanya, tanpa diminta saya berikan makanan, pakaian dan segala keperluannya serta anak-anaknya,"kata Saiduq sungguh-sungguh.
"Itu sajakah yang kau beri? "Tanya tuan hakim lagi.
"Ada lagi, "Jawab Saiduq.
"Apa dia? "Tanya tuan hakim memaksa.
"Saya beri dia seribu dinar untuk keperluan hidupnya. Saya berikan itu kerana Allah, saya kasihan kepadanya dan anak-anaknya,"Saiduq cerita kesemuanya.
Tuan hakim termenung sebentar kerana mengenangkan peristiwa yang berlaku antaranya dengan perempuan itu sebelum ini. Dihatinya sungguh menyesal perbuatannya yang angkuh itu yang menyebabkan beliau diperlihatkan bakal kehilangan segala-galanya di akhirat kelak.
"Tapi, saya ingin tahu juga apa sebabnya tuan hakim datang ke rumah saya pagi-pagi begini semata-mata hanya hendak bertanya perkara ini ? "Tanya Saiduq menduga.
Tuan hakim masih termenung, kemudian tunduk. Pada wajahnya ternyata seperti seorang yang sedang memikirkan sesuatu dan tampak sedih sekali.
"Begini Saiduq, malam tadi aku bermimpi yang sungguh menyedihkan. "Kata tuan hakim perlahan.
"Mimpi yang menyedihkan tuan ? "Saiduq terperanjat "Tapi apa kena mengenanya dengan diri saya? Tanyanya lagi.
Tuan hakim tidak punya pilihan lain, terpaksa menceritakan segala yang berlaku di dalam mimpinya. Dia menceritakan segala gedung dan bidadari-bidadari di syurga nanti yang asalnya menjadi miliknya telah bertukar menjadi milik Saiduq kerana semata-mata kebaikan yang dilakukan itu kepada seseorang yang memerlukannya.
Mendengar cerita itu, gementerlah badan Saiduq dan dengan tiba-tiba dia menghulurkan tangannya kepada tuan hakim, katanya :
"Tuan hakim ! Sekarang saksikanlah ...... bahwa saya menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, Yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan bahwasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah, yang diutuskanNya membawa petunjuk dan agama yang benar."
Tuan hakim terpaksa menyaksikan keislaman Saiduq itu dengan hatinya sedih dan menyesal atas kelakuannya yang tidak berperikemanusiaan.

CERITA 4
KASIH IBU…
Maafkan saya kerana saya tidak bijak mengarang. Saya bukan penulis.Apa yang saya yang ingin saya ceritakan pun hanyalah tetang monyet,haiwan yang sering jadi bahan sendaan kita, bukannya tentang wang, saham, barang kemas,kekasih yang jelita mahupun banglo besar. Saya tidak bijak bercerita tentang itu.
Baru-baru ini saya ke Negeri Sembilan untuk mengunjungi rumah seorang saudara.Sewaktu kereta melalui hutan rekreasi Hulu Bendul di kuala Pilah, nun di depan sana ,saya lihat ada sekumpulan monyet mundar-mandir di sisi jalan yang sibuk. Ia seperti terburu-buru untuk melintas.
Saya terus memandu dan sewaktu kereta semakin hampir,saya terkejut kerana ada seekor monyet menggeletik di atas jalan. Ia baru dilanggar salah sebuah kereta di hadapan saya. Pantas saya menekan brek dan memperlahankan kereta.Kereta semakin hampir dan dada ini berdebar apabila melihat monyet itu, terus menggelupur dan menghempas-hempas ke atas jalan. Kakinya terketar-ketar. Di sisinya ada darah dan cebisan daging.Tapi paling menyentak perasaan saya ialah apabila melihat perutnya yang buncit itu terburai, dan dari celah luka besar itu tersembul sesuatu berwarna kelabu. Tahukah anda, benda apakah yang saya lihat itu? Benda kelabu itu adalah anak yang masih dalam kandungannya!
Pada ketika itu saya terasa tubuh ini menggeletar. Saya pasti, si ibu monyet tadi akan mati sebentar lagi. Begitu juga dengan anaknya,nyawanya melayang sebelum sempat melihat wajah ibu.Sebaik melintasinya, saya pandang cermin sisi dan belakang. Saya nampak kawanan monyet tadi bercempera. Ia berlari-lari mendapatkan si ibu tadi,tapi kemudian bertempiaran semula ke tepi jalan kerana hampir saja dilanggar kenderaan yang lalu-lalang.
Mungkin kepada pembaca sekalian, apalah ada pada nyawa seekor monyet.Ia hanya monyet. Haiwan hodoh. Hidupnya di hutan, tidak setaraf dengan manusiawi.Tapi tidak kepada saya. Pulang bercuti, saya terus catatkan surat ini,kerana peristiwa yang saya sebutkan tadi sebenarnya telah mengingatkan saya kepada sebuah peristiwa yang berlaku pada awal 1990-an.
Ketika itu usia saya masih di awal 20-an. Hari itu, saya diajak oleh seorang bapa saudara untuk memburu di hutan berhampiran rumah. Saya bukanlah minat memburu, tapi daripada bosan terperap di rumah, saya terima ajakan bapa saudara saya tadi. Masih saya ingat, beberapa jam berburu, matahari pun sudah meninggi, tapi tiada seekor haiwan pun melintas di hadapan kami. Pelanduk, napuh,rusa, ayam hutan dan burung yang selalu berlegar di hutan itu, seolah-olah bersembunyi jauh dari kami. Hutan itu sepi .
Saya bertambah rimas, pak cik pula saya lihat mula kecewa. Hari kian beranjak petang, pak cik menepuk-nepuk senapang Relanya. Kata pakcik,
" Kita balik ajalah, hari ni tak ada apa-apa.Mungkin esok ada habuan.”
Kami berjalan pulang, tapi selang dua tiga puluh langkah, kami terdengar suara riuh-rendah di sebalik pokok-pokok besar di hadapan kami. Saya mengamati suara itu, ternyata ia datang dari sekawan monyet yang sedang memakan buah-buah hutan.Saya perhatikan pak cik begitu berminat memerhatikan haiwan itu.Di bibirnya ada sebaris senyuman. Senyuman yang saya faham benar maksudnya.
“Adakah pakcik hendak menembak monyet-monyet itu?”
“Haa. Pakcik nak tembak ibunya, lepas tu pak cik nak ambil anaknya,nanti boleh bela, ” begitu jawapan pakcik.
Masih saya ingat juga, saya beberapa kali mendesak pakcik supaya membatalkan hasratnya itu, tapi gagal. Saya gagal mengendurkan niatnya.Tidak akan saya lupa kata-kata pakcik petang itu, daripada balik tangan kosong? ” lalu dia mengacukan senapangnya ke arah kawasan monyet tadi,dan..DAMMM!!!
Demi berdentum saja senapang, bercempera dan lintang-pukang monyet-monyet tadi menyelamatkan diri. Hutan itu riuh dengan bunyi ranting patah serta jerit pekik haiwan berkenaan.BUUUPP! Ada suatu benda yang jatuh ke tanah.Saya terpandang seekor ibu monyet jatuh berdekatan kami. Saya dan pakcik terus mendapatkannya. Dari perutnya bercucuran darah pekat. Anaknya yang tidak mengerti apa-apa terlepas dari pelukan ,tercampak tidak jauh dari ibunya sambil menjerit-jerit.Si ibu merengus-rengus memanggil anaknya dengan lemah.Ia cuba bangun dengan besusah payah sambil tangannya mencapai akar-akar pokok untuk mendekati anaknya. Sebelah tangan lagi menekap perut yang masih berdarah. Ia berusaha melangkah tapi terjatuh semula. Digagahi lagi sambil berguling-guling ke arah anaknya. Si anak yang baru pandai berjalan jatuh, bangun mendapatkan ibunya.
Si anak itu terus saja memeluk ibunya yang kesakitan. Masih terbayang jelas di ingatan saya bagaimana si ibu monyet tadi memegang tubuh dan menatap wajah anaknya puas-puas, kemudian dicium berkali-kali. Setelah itu dibawa si anak ke dada lalu disuakan susunya. Saya dan pakcik terdiam melihat si anak mengisap susu manakala ibunya mengerang-ngerang perlahan seakan memujuk sambil menahan sakit.
Hati saya tersentuh. Betapa si anak yang baru melihat dunia tidak tahu bahawa ibu tempat dia bermanja akan pergi buat selama-lamanya. Saya tidak mampu menyelami fikiran ibu monyet tadi, tapi mungkin ia ingin memeluk anaknya buat kali terakhir, sepuas-puasnya, kerana selepas ini ibu akan pergi. Ibu tidak akan dapat memelukmu lagi apabila kau kesejukan, menyuap mulutmu bila kau merengek kelaparan, juga melindungimu bila kau kepanasan.
Mata si ibu monyet itu memandang ke arah kami.Tangannya memeluk erat si anak seolah-olah enggan melepaskannya, biarlah ia mati bersama anaknya.Matanya saya lihat digenangi air, masih tidak lepas memandang kami dengan pandangan sayu, mungkin ingin menyatakan betapa kejamnya manusia.
Dosa apakah yang aku lakukan hingga aku ditembak? Salahkah aku bebas ke sana ke mari di bumi indah ciptaan Allah ini? Tubuh ibu monyet itu berlumuran darah, begitu juga dengan si anak yang masih di pelukannya. Beberapa detik kemudian, dengan tenaga yang masih berbaki, kami lihat si ibu mencium anaknya untuk kesekian kalinya. Perlahan-lahan tubuhnya terkulai ditanah, bisa penabur dari muncung senapang pakcik tadi tidak dapat ditanggung lagi. Si anak menjerit-jerit memanggil ibunya supaya bangun dan melarikan diri dari situ, tapi si ibu sudah tidak bernyawa lagi. Puas menjerit, si anak tadi menyusu semula.
Di saat itu perasaan saya terlalu sebak. Saya perhatikan pakcik, dia beberapa kali menggetap bibir cuba menahan air matanya daripada tumpah ke pipi. Tapi bila melihat si anak monyet tadi menjerit dan menggoncang-goncang tubuh ibunya, akhirnya air mata kami tumpah juga. Saya betul-betul kesal dengan apa yang berlaku.
Suasana sunyi kembali. Si anak monyet itu kami rangkul dan bawa pulang. Biarpun ia terus menjerit-jerit dan enggan berpisah dengan ibunya yang telah mati. Di dalam kereta saya hanya mendiamkan diri. Begitu juga pakcik. Pada ketika itu saya dapat merasakan betapa kejamnya kami kerana membunuh satu nyawa yang tidak berdosa. Biarpun monyet itu hanya haiwan yang hodoh, tapi mereka juga ada perasaan, ada rasa kasih kepada anak, rasa sayang kepada ibu. Tapi kita manusia??
Mana hilangnya akal waras kami? Selang dua minggu kemudian, anak monyet tadi mengikut jejak ibunya. Pakcik memberitahu saya, anak monyet itu tidak mahu makan dan asyik menjerit-jerit sahaja. Mungkin ia rindukan ibunya. Apabila malam, keadaannya bertambah teruk, dan akhirnya mati.
Kini saya sudah bekerja dan berumah tangga. Peristiwa tadi sudah saya ceritakan kepada anak dan isteri saya agar mereka mengerti bahawa haiwan juga punya perasaan. Yang kejam adalah manusia,walaupun kitalah satu-satunya makhluk yang Tuhan anugerahkan akal fikiran. Tidak lupa saya memberitahu mereka betapa agung dan sucinya kasih sayang ibu.
CERITA 3
CEMBURUKAH ORANG PEREMPUAN DENGAN BIDADARI SYURGA???
“Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?”
Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau tak silap, oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.
Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu.
Apa puncanya sampai jadi macam tu? Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu.Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.
Tapi..Dalam Al-Qur’an kan bidadari disebut tanpa berselindung?
Biar saya beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.
“Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlulah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia..” Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat.
Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai ketua bidadari.Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.
Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya.
Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan?Tidak juga.Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?
Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.
Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.
Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud:“sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka”.
CERITA2
Hari ini alhamdulillah telah
menjalankan pembedahan mata ke atas rakan karib Allahyarham ayahanda saya.
Sebelum menjalankan pembedahan teringat kisah yang pernah didengar bahawa jika
seorang anak berbuat baik kepada rakan baik atau orang yang disayangi
insyaAllah malaikat akan menghantar dulang berisi cahaya dan mengatakan kepada
ibu bapa kita ini adalah kiriman anak mu. Alangkah berbahagia nya orang yang
mati dengan meninggalkan anak soleh yang mendoakannya.
Juga nabi Mohammad saw pernah
bertanya pada sahabat siapa kah orang yang muflis? sahabat menjawab mereka yang
miskin. Nabi bersabda" Tidak mereka yang muflis ialah mereka yang
mempunyai anak tetapi apabila mereka mati anak mereka tidak mendoakan mereka
dan mereka tidak mendapat apa apa kebaikan dari anak mereka.
Oleh itu penting kita semua merenung
dan lihat samaada kita hidup untuk mencari pencen kubor kita iaitu 1. Anak yang
soleh yg mendoakan kita, 2. Sedekah jariah, 3. Ilmu bermanafaat.
Berbalik kepada pembedahan tadi ia
agak mencabar tetapi berlaku dengan mudah. Rakan ayah saya ini seorang yang
dermawan dan warak. Sekali lagi saya membuat rumusan bahawa amalan seseorang
merupakan faktor penting didalam kejayaan pembedahan selai dari kecekapan
doktor. Wallahuaalam
Posted by Prof Muhaya
CERITA 1
Pada suatu petang, saya mendapat panggilan daripada hospital menyatakan seorang ibu muda mempunyai mata merah yang sakit dan tidak dapat membuka mata beliau. Setelah memeriksa beliau, saya mendapati, beliau mengalami sakit mata selama 5 hari dan tidak beransur pulih dengan ubat yang diberi oleh tiga doktor sebelum itu. Semasa memeriksa mata beliau, saya dapati, selain daripada jangkitan virus dan yang menghairankan saya, selalunya infeksinya hanya melibatkan konjunktiva atau bahagian mata yang putih. Bagi pesakit ini, bahagian kornea atau bahagian mata yang hitam yang penting untuk melihat telah koyak dengan agak banyak sehingga menyebabkan beliau rasa amat sakit dan tidak dapat melihat dengan jelas. Saya terpaksa meletak ubat dan menampal kedua mata beliau dan memasukkan beliau ke dalam wad untuk pemerhatian rapi. Setelah melihat keadaan yang agak teruk bagi jangkitan yang selalunya mudah dikawal, hati kecil saya bertanya apakah hikmah ataupun rahsia di sebalik kejadian ini. Dengan kuasa Allah, saya menyedari bahawa beliau agak kasar dengan suaminya. Setelah dua hari di dalam wad dan beransur pulih, saya menasihati beliau secara tidak langsung tentang pentingnya sebagai seorang isteri solehah kita harus menjaga tiga perkara suami kita.
1. Mata beliau - sentiasa kelihatan cantik dan
menawan dengan menjaga rupa paras dan berat badan.
2. Hidung beliau - sentiasa berbau wangi dan
menjaga kebersihan mulut dan nafas supaya selesa apabila suami bercakap
berdekatan dengan kita.
3. Telinga beliau - sentiasa mengeluarkan kata-kata
yang manis dan pujian serta penghargaan, dan jangan sekali-kali kufur nikmat.
Beliau seterusnya memberitahu saya sebelum
berlakunya sakit mata itu, beliau telah merajuk dengan suaminya. Beliau
nampaknya insaf ketika memberitahu kisah ini dan mengakui bahawa setiap kali
beliau berlaku kasar terhadap suaminya, tentu sesuatu perkara negatif akan
berlaku terhadap beliau. Saya meneruskan menasihati beliau bahawa dalam
kehidupan kita bahawa redha Allah bergantung kepada redha suami dan sebagai
seorang isteri, hidup kita fokus untuk jadi isteri solehah. Dan jika mempunyai
profession, jadi professional mukminah. Setelah berjumpa dengan beliau hari ni,
beliau menyatakan bahawa beliau memang selalu memberitahu suaminya bahawa fokus
beliau adalah untuk menjadi isteri solehah dan setelah peristiwa ini, semangat
beliau untuk mencapai cita-cita ini bertambah kuat.
Saya bersyukur kerana di dalam setiap pesakit yang
saya jumpai dapat mempelajari sesuatu dan menambah lagi kesyukuran apabila hati
kita suka pada kebaikan dan takut pada kejahatan.

No comments:
Post a Comment